
Anda perlu menghadiri mesyuarat bersama VIP pada pukul 4 petang? Atau ingin menghadiri majlis sejurus pulang dari tempat kerja? Semestinya anda risau dengan rambut yang tidak bermaya dan wajah yang pucat setelah menjelang petang.
Apa yang perlu anda lakukan ialah menyegarkan kembali wajah dengan solekan tipis. Cubalah teknik solekan yang ringkas ini untuk mendapatkan kesan yang lebih dramatik pada wajah!
Mulakan dengan warna terang
Gunakan pelembap atau bedak asas diikuti dengan maskara (yang tahan lama) dan gincu warna pink neutral. Untuk waktu malam, pakai gincu berwarna gelap untuk bibir tampak mungil, celak mata dan pembayang mata smokey agar mata kelihatan galak.
Segarkan wajah anda
Walaupun anda ingin keluar pada waktu malam, pastikan solekan kelihatan bersih untuk menutup kekurangan pada wajah. Hapuskan minyak di muka menggunakan tisu kedap minyak. Jika kulit anda kering, gunakan penyembur penghidratan (dehydration spray) dan ratakan kembali bedak asas menggunakan span. Lindungi cela atau tompok hitam dengan krim penyamar noda (concealer) dan riaskan sedikit bersama pemerah pipi.
Serlahkan mata di waktu malam
Cara paling efektif untuk menyerlahkan mata anda pada waktu malam adalah menggunakan celak mata. Eugenia Westen, jurumekap artis di Los Angeles mengesyorkan celak mata berbentuk gel adalah lebih baik berbanding celak berbentuk cecair kerana ia cepat kering dan pemakaiannya harus teliti. Dengan menggunakan berus celak, lukiskan garisan diatas mata dan tambahkan lebih garisan di hujung mata jika anda suka.
Pulihkan rambut yang tidak terurus
Jika rambut berminyak, semburkan akar rambut dengan syampu pengering. Syampu pengering akan menjadikan rambut tampak menarik untuk digayakan. Pastikan ikatan rambut anda tidak terurai dengan menggunakan pin.
Ikat rambut gaya ponytail
Selepas bekerja, kemaskan rambut anda dan ikat rambut ponytail. Ikatan seperti ini dapat menunjukkan kamu seorang yang periang dan penuh gaya keremajaan. Selain itu, anda boleh menggunakan getah rambut warna sedondon dengan beg, beg duit, kasut atau baju.
Diharap dengan tips ini dapat membantu anda untuk kelihatan menawan walaupun seharian penat bekerja di pejabat. Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment