Assalamualaikum & hi semua
Apa yang kita makan hari ini? Sarapan pagi, minum pagi, makan tenghari? Makan malam?
Atau kita tak sempat nak makan dek kerana kesibukan kerja?
Atau senang sahaja nak jimat masa pergi mana-mana 'drive through' dan beli makanan segera?
Pernah tak kita imbas balik apa yang kita makan hari ni dan kita akan dapati kita sedang merosakkan sistem badan kita dengan tidak memenuhi keperluan nutrisi yang secukupnya atau makan makanan yang tidak menyihatkan?
Tubuh kita memerlukan nutrisi yang mencukupi untuk memastikan ianya sentiasa dalam keadaan seimbang dan dapat berfungsi dengan baik. Barulah tubuh kita akan mempunyai keupayaan untuk melawan penyakit dan kekal sihat. Pilih sumber makanan yang menyihatkan dan elakkan atau kurangkan makan makanan segera.
Di samping makanan yang menyihatkan, tubuh kita turut memerlukan makanan tambahan (supplemen) untuk meningkatkan penyerapan zat dan nutrisi, seterusnya membantu meningkatkan tahap kesihatan kita.
Kemeterian Kesihatan turut mengesyorkan makanan tambahan dan vitamin untuk membantu tubuh kita mencegah penyakit.
Jom baca artikel penuh di bawah
Adakah Makanan Kesihatan Memberi Manfaat?
Sumber: FB Page: Kementerian Kesihatan Malaysia
Kalau kita ke supermarket atau farmasi, kita akan lihat banyak vitamin dan makanan kesihatan atau pemakanan tambahan yang dipamerkan. Maklumat-maklumat pemakanan yang tercatat di kotak produk tersebut sudah cukup untuk membuat kita pening kepala. Apakah vitamin atau mineral yang tercatat pada kotak-kotak tersebut dapat memberi manfaat kepada kita?
Beberapa kajian menunjukkan vitamin dan mineral tertentu dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 30 hingga 40 peratus malah dapat memperlahankan perkembangan penyakit tersebut. Vitamin juga membantu memperkuatkan sistem imun dan mereka yang mengambil vitamin dan mineral dipercayai mempunyai sistem imun yang lebih kuat. Sekiranya sistem imun kita lemah, kita akan terdedah kepada serangan berbagai-bagai penyakit dari dalam dan luar badan kita.
Jadi, pengambilan makanan kesihatan memberi manfaat kepada kita. Janganlah pula anda tidak menjaga makanan anda dan mengharapkan pemakanan tambahan melakukan keajaiban. Makanan kesihatan dapat membantu mencegah penyakit walaupun anda mungkin memerlukan 6 bulan untuk melihat keberkesanannya. Janganlah itu pula dijadikan alasan untuk tidak mengambilnya. Semakin awal anda bermula, semakin awal keberkesanannya.
Satu lagi cabaran ialah membantu sistem tubuh yang mula menurun. Apabila usia makin meningkat, kecekapan sistem tubuh kita tidak lagi seperti dulu. Sebagai contoh, perut kita tidak mempunyai cukup asid untuk membantu menyerap nutrien dari makanan. Ini bermakna sebanyak 40% dari nutrien dalam makanan tidak dapat diserap membuat kita kekurangan vitamin D, B6, B12, riboflavin, folat dan kalsium. Kebolehan sistem tubuh menyimpan nutrien juga menurun disebabkan oleh peratus lemak tubuh yang meningkat bersama umur.
Walaupun metabolisma membuatkan kita hidup dan sihat, ia juga menghasilkan sisa yang boleh membahayakan tubuh kita. Radikal bebas dan bahan lain yang terhasil dari proses metobolisma boleh merosakkan sel DNA dan membawa kepada banyak kesan umur tua. Kita memerlukan antioksida untuk melindungi diri dari serangan radikal bebas. Namun begitu, semakin meningkat usia, semakin susah untuk kita memperolehinya dari makanan harian. Jesteru kita perlu mengambil vitamin dan mineral tentu untuk memperolehi kesihatan
optimum.
Sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan jumlah vitamin dan mineral yang diambil tidak melebihi had yang ditetapkan. Anda dinasihatkan untuk bertanya kepada doktor mengenai makanan kesihatan yang ingin diambil. Ini disebabkan terdapat beberapa makanan kesihatan yang tidak sesuai diambil bersama ubat-ubatan.
Disenaraikan beberapa tips untuk anda:
Elakkan multi-vitamin dengan formula "time release". Ketika sampai masa untuk hancur, ia mungkin terlalu jauh di dalam perut di mana penyerapan adalah lemah.
Simpan vitamin jauh dari tempat panas dan lembab
Ambil vitamin bersama makanan kerana beberapa nutrien memerlukan emak untuk berfungi. Jesteru mengambilnya bersama makanan rendah lemak adalah terbaik.
Semak tarikh "baik sebelum". Anda mungkin berjimat dengan membeli dalam kuantiti yang banyak, tetapi sebenarnya akan merugikan jika tidak dihabiskan sebelum tamat tempoh.
------------------------------------------------------
Jom sihat cara semulajadi dengan SHAKLEE
ID No : 889059
Shaklee Independent Distributor
019-6429098 | FB Page : MQ-Mall-Online | zuredazaini@gmail.com


No comments:
Post a Comment