Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Produk kesihatan dengan pelbagai jenama semakin bertambah di pasaran, samada produk local atau produk antarabangsa. Lebih-lagi lagi dengan medium internet sebagai ruang iklan, ramai yang agak keliru mahu pilih produk mana satu.
Sedikit pesanan, berhati-hatilah sebelum membeli produk kesihatan atau kecantikan
Jadilah pengguna yang berilmu.
Selidikilah sebarang produk yang kita minati sebelum membeli supaya tidak memberi kesan sampingan di masa akan datang.
Sedikit tips kepada pembaca sekelian,
1. Pastikan kita mengetahui siapa pengeluar produk tersebut.
Kredibiliti syarikat yang menjual sangat penting. Cara paling senang, taip sahaja nama syarikat di internet dan baca serba sedikit mengenai syarikat.
Saya tidak akan membeli produk yang nama syarikat mereka tidak pernah didengar atau tidak muncul dari google ;)
Syarikat yang ada NAMA akan sentiasa menjaga kualiti dan keselematan produk untuk kepuasan pelanggan
2. Berdaftar dengan badan-badan berwajib
Setiap produk kesihatan, supplemen, kosmetik WAJIB berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Periksa label dan cari no pendaftaran MAL (supplemen) atau NOT (kosmetik) dan juga kenyataan 'diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia'. Setiap produk berdaftar akan ada sticker hologram dengan nombor siri tertentu.
Bagi Muslim, hendaklah juga mencari produk yang HALAL. Untuk produk tempatan, sijil halal adalah dari JAKIM. Untuk produk luar negara, biasanya sijil halal dari badan persijilan halal di negara masing-masing yang telah diiktiraf oleh JAKIM. Sila rujuk di sini untuk info lanjut
3. Pilih produk yang berasaskan sumber semulajadi dan tiada kesan sampingan
Kita beli produk kesihatan untuk sihat bukan? Kita mahu beli produk untuk lebih cantik tanpa merosakkan badan dan wajah. Pilihlah yang dibuat dari sumber semulajadi, tiada bahan kimia berbahaya.
Jangan terlalu teruja dengan KESAN SEGERA! Nak kurus cepat, nak cantik cepat, nak kulit putih dan tegang cepat. Jika tidak, kita sendiri yang akan merana dengan kesan sampingan dari produk tersebut.
Jika kita pilih produk semulajadi, insyaAllah tidak akan ada kesan sampingan. Bahkan kita akan mendapat kebaikannya dalam pelbagai bentuk.
4. Mempunyai label dengan info produk yang lengkap
Perhatikan label dan periksa info produk tersebut. Produk supplemen harus mempunyai maklumat berikut:
- Bahan mentah yang digunakan (ingredient list) dan juga berapa kandungannya.
- Cara penggunaan (dosage)
- Tarikh buat / tarikh luput (Manufacturing/Expiry date)
- Nama pengilang & nama pengedar yang lengkap dengan alamat (Manufacturer / Distributor)
5. Pastikan anda mendapat maklumat yang tepat mengenai produk yang sesuai dengan kita serta cara penggunaannya!
Barang yang baik, jika tidak tepat cara penggunaannya juga tidak akan memberi kesan yang memuaskan. Penjual/pengedar/syarikat untuk produk yang kita beli bertanggungjawab untuk memberi khidmat nasihat / rundingan mengenai produk tersebut secara berterusan.
Produk yang dicadangkan perlu tepat dengan keperluan atau masalah yang sedang kita hadapi. Dan kita juga berhak untuk mendapat rundingan mengenai cara pemakanannya / penggunaannya.
Jurujual/pengedar/syarikat yang baik akan memastikan servis yang baik dan berterusan kepada pelanggan mereka.
Jom sihat secara semulajadi dengan Shaklee
ID No : 889059
Shaklee Independent Distributor
019-6429098 | FB Page : MQ-Mall-Online | zuredazaini@gmail.com

No comments:
Post a Comment