Sunday, June 2, 2013

Bagaimana susu badan dihasilkan

Apabila bayi menghisap puting payu dara , rangsangan akan dihantar kepada kelenjar pituitari dan hormon yang dipanggil prolaktin dan oxytocin dihasilkan. Prolaktin menyampaikan arahan untuk menukarkan darah ke dalam susu ibu. Oxytocin akan terus beroperasi, untuk menolak susu ibu yang berkumpul di dalam saluran payudara. Susu ibu ‘dilepaskan’ apabila bayi mulai menghisap pada puting payu dara. Pada hisapan pertama si kecil, ibu tidak dapat merasai ‘pengeluaran itu’, bagaimanapun menerusi proses beberapa kali pengulangan, ibu dan bayi akan mulai mahir dan penyusuan ibu boleh berlaku secara normal.

Sumber : pigeon

Kajian juga pernah mengatakan susu terhasil dari 'mind set' kita sendiri. Jika kita sentiasa berfikiran positif dan berfikir susu badan akan sentiasa ada,akan ada lah susu itu. Jadi tidak hairanlah jika sesetengah ibu hamil sudah mempunyai susu badan ketika hamil kerana mereka sering berfikir dan niat untuk menyusu badan jika bayi mereka dilahirkan.

Pemakanan juga mempengaruhi dalam penghasilan susu badan. Justeru pengambilan makanan seimbang perlu di kalangan ibu yang menyusukan anak. Makanan tambahan atau supplement amat disarankan bagi ibu-ibu yang tidak sempat untuk mengambil makanan seimbang. Pengambilan set menyusu shaklee merupakan alternatif untuk ibu-ibu untuk memenuhi zat gizi dalam seharian.


No comments:

Post a Comment