Friday, June 28, 2013

8 Tips Sihat dan Awet Muda di Usia 30-an

Assalamualaikum & hi semua,

Ada tak di kalangan pembaca disini yang dah masuk 3 - series?

Hehe, bukan BMW 3 series ye...tapi umur yang telah menjangkau 30-an.

Apa perasaan apabila dah mencecah umur 30-an? Sudah berusia kah kita?

Pada peringkat umur ini, kita telah memasuki fasa wanita dewasa dan matang. Mungkin ramai dikalangan kita telah pun mempunyai kehidupan yang agak stabil samada dari segi rumahtangga dan keluarga, mempunyai tahap kewangan yang baik dan kerjaya yang memuaskan. 

Biasanya, pada usia inilah juga para wanita akan all-out dalam menguruskan rumahtangga dan kerjaya. Disebabkan peningkatannya yang seiring, kehidupan kita akan menjadi lebih sibuk sehari-hari. Di pejabat tanggungjawab semakin bertambah, dan dirumah pula untuk memastikan keluarga mendapat keperluan yang terbaik. Kdang-kadang tiada masa langsung untuk diri sendiri. 

Apabila memasuki umur 30-an juga, kita sendiri dapat merasakan perubahan pada tahap kesihatan dan penampilan fizikal. Tubuh sering sakit-sakit dan lenguh, dan stamina sudah tidak lagi sekuat ketika usia 20-an. Kulit boleh menjadi kering, tumit merekah, selulit mula timbul dan sebagainya..

Jadi bagaimana nak kekalkan sentiasa sihat dan awet muda di usia 30-an?

Disini dikongsikan 8 tips yang boleh membantu kita untuk kekal sihat, cergas, berseri dan awet muda di usia-30 an. Jika konsisten dengan pengamalannya, mungkin kita akan berterusan sihat dan awet muda walaupun telah menginjak 40 atau 50-an!


1 Kawal Pemakanan.
Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafien, minuman ringan dan makanan ringan.

2 Guna Pelembap Yang Sesuai.
Apabila umur kita menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu penggunaan krim pelembab sangat diperlukan. Carilah pelembab yang sesuai dengan kulit muka masing-masing. Haruslah diingatkan yang krim muka jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit kita.

3 Cuba Elakkan Dari Pancaran Cahaya Matahari.
Jangan biarkan muka anda banyak terdedah kepada cahaya matahari didalam jangkamasa yang panjang. Pendedahan yang lama bukan saja dapat menggelapkan kulit, ianya juga dapat mengurangkan kelempapan kulit yang membawa kepada kekeringan.

4 Rajin Bersenam.
Bersenam mampu meningkat keupayaan dan kesihatan. Pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur. Dan kalau ada masa, lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

5 Minum Banyak Air.
Kekeringan dan gejala penuaan boleh diperlambatkan dgn meminum banyak air. Ini kerana air adalah aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamannya kulit muka. Kekurangan jumlah air dalam badan boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit. Selain itu, air penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan.


7 Elakkan Bermekap Tebal.
Wanita 30-an seelok-eloknya menggunakan mekap yang nipis dan bersederhana. Cuba elakkan dari menggunakan foundation yang tebal serta lipstik yang merah menyala. Ianya akan membuatkan wanita ini nampak lebih tua dan garang.

8 Positif, Ceria Dan Selalu Bersama Yang Tersayang.
Wanita 30-an mestilah mengamalkan sikap positif, sentiasa ceria dan selalu bersama yang tersayang. Kehadiran orang-orang tersayang di sekeliling dapat membantu wanita membina keyakinan diri dan menghilangkan stress.

ID No : 889059
Shaklee Independent Distributor
019-6429098 | FB Page : MQ-Mall-Online | zuredazaini@gmail.com




No comments:

Post a Comment