Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sering kita baca di mana-mana untuk mendapatkan tubuh yang sihat dan tidak mudah terkana jangkitan, kita perlu makan banyak makanan yang mengandungi bahan antioksida. Untuk cantik dan awet muda juga perlu makanan kaya antioksida. Antioksida juga sangat penting untuk mencegah dan merencat kanser.
Pesakit kencing manis juga amat perlu dengan nutrisi yang kaya anti-oksida. Ini kerana pesakit kencing manis mudah mengalami kerosakan sel dan organ. Makanan kaya antioksida akan dapat membantu pemulihan sel tersebut.
Apa itu bahan Antioksida?
Bagaimana ia berfungsi?
Macamana kita nak pastikan kita dapat cukup bahan antioksida?
Bahan antioksida adalah satu bahan yang melindungi sel-sel badan kita dari kerosakan yang disebabkan oleh bahan radikal bebas dan toksin. Radikal bebas terjadi akibat pencemaran seperti radiasi dan asap rokok, asap kenderaan, dan juga boleh berpunca dari pencemaran dari makanan yang kita makan. Kehadiran radikal bebas ini berbahaya kerana ia adalah punca utama kepada pembetukan sel kanser dan penyakit berkaitan hati.
Antara bahan-bahan yang kaya dengan antioksida ialah:
Vitamin A
Vitamin A ialah vitamin yang larut lemak. Berdasarkan laporan dari National Institutes of Health's Office of Dietary Supplements, individu yang mendapat keperluan vitamin A yang cukup mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat kanser. Sumber vitamin A biasanya boleh didapati dari hati, susu, keju dan telur.
Vitamin C
Berlainan dengan Vitamin A, vitamin C ialah vitamin yang larut air. Vitamin C ialah bahan antioksida yang melindungi proten, lipid, karbohidrat, DNA dan RNA daripada mengalami pengoksidaan akibat bahan radikal bebas. Ia juga memainkan peranan paling utama dalam meningkatkan imuniti badan kita dengan melindungi sel-sel pertahanan iaitu limfosit, neutrofil dan pagosit daripada rosak. Vitamin C juga membantu untuk mengekalkan antioksida yang lain daripada rosak. Sumber vitamin C terbaik ialah dari buahan sitrus, lada sulah, kentang, tomato dan strawberi.
Vitamin E
Vitamin E juga adalah vitamin yang larut lemak. Ia berperanan untuk melindungi lemak dari teroksidasi, iaitu melindungi kolestrol LDL (kolestrol baik), seterusnya membantu untuk mencegah jangkitan atau penyakit berkaitan hati. Sumber makanan untuk Vitamin E ialah dari bijirin gandum, kacang almond, minyak bunga matahari, biji bunga matahari dan mentega kacang.
Beta- Karoten
Beta karotene ialah salah satu dari family bahan caratenoid dan biasanya dijumpai dari tumbuh-tumbuhan. Apabila kita makan makanan yang kaya danegan bahan caratenoid, ia akan ditukar kepada Vitamin A. Di samping itu, Beta Caratene jufa akan melindungi sel dari kerosakan. Sumber terbaik untuk mendapatkan beta carotene ialah lobak merah, kentang manis, apricot, cantaloupe, kale dan bayam.
Lycopene
Lycopene juga adalah ahli kepada family carotenoid. Kajian telah membuktikan individu yang makan makanan yang kaya lycopene mempunyai risiko yang rendah terhadap kanser, penyakit kardiovaskular (jantung) dan pemusnahan macular. Tomato adalah sumber terbaik untuk lycopene.
Lutein
Lutein juga salah satu dari karetneoid. Lutein berupaya untuk melindungi mata dariu kerosakan akibat pancaran UV. Mereka yang mendapat lutein yang cukup dapat melindungi mata dari katarak. Sumber lutein terdiri daripada kale, bayam, brokoli, kacang Pea
Selenium
Selenium juga merupakan bahan antioksida, dan ia merencat pertumbuhan tumor. Seperti Vitamin E, ia dapat membantu melindungi LDL daripada teroksida dan merendahkan risiko penyakit berkaitan hati.Selenium boleh diperolehi dari kekacang, tuna, daging lembu, daging ayam, telur, keju dan oat.
Pastikan kita berusaha untuk mendapatkan bekalan antioksida yang mencukupi daripada sumber-sumber tadi. Walaubagaimanapun, dalam kedaan dunia yang penuh dengan pencemaran sekarang ini, kita tidak dapat pastikan adakah sumber-sumber tersebut sebenarnya mungkin turut tercemar dan memberi risiko kepada kesihatan.
Alternatif terbaik ialah mendapatkannya daripada supplemen yang mengandungi bahan antioksida yang telah disebutkan diatas. Dapatkan yang semulajadi dan berkualiti bagi memastikan kita mendapat bekalan anti oksida yang terbaik untuk badan kita.
Jom sihat secara semulajadi dengan Shaklee
ID No : 889059
Shaklee Independent Distributor
019-6429098 | FB Page : MQ-Mall-Online | zuredazaini@gmail.com







