Wednesday, May 8, 2013

Misteri Penuaan

Penuaan adalah proses semulajadi yang kompleks melibatkan molekul, sel, organ dan fungsi tubuh. Semakin usia meningkat, lebih banyak lemak terkumpul di saluran darah dan akhirnya hilang kekenyalan sekaligus mengakibatkan arteriosklerosis atau pengerasan arteri. Enzim-enzim penghadaman yang dihasilkan turut menurun, lantas kurang berupaya untuk menyerap zat makanan dan sistem pernafasan juga menurun secara progresif pada setiap peringkat umur bermula sekitar awal 20-an.

sekadar hiasan

Persoalannya, mengapakah kita menjadi tua? Mengapa terdapat sesetengah orang yang kelihatan lebih tua atau muda dari umur sebenar mereka? Adakah terdapat satu jangka hayat maksimum bagi manusia tidak kira bagaimana gaya hidup atau bantuan lain yang mungkin digunakan bagi memanjangkan hayat mereka? Dan apa yang paling penting, bagaimana untuk mempunyai usia yang panjang, kekal cergas, aktif dan bebas daripada penyakit-penyakit yang biasa dialami oleh warga tua?

Institut Penuaan Nasional (The National Institute on Aging - NIA) di Amerika Syarikat, menyatakan yang dahulu pakar gerontologi hanya tertumpu pasa datu bidang teori penuaan contohnya mengkaji baka atau penurunan sistem imun sahaja, tetapi kini, pakar-pakar tersebut mengkaji proses-proses berganda, penggabungan dan tindakbalas ke atas ke atas banyak peringkat yang melibatkan sel, protein, tisu dan sistem organ yang lain. Pakar gerontologi kini berupaya melihat bnyak mekanisme pada bahagian mana yang menyebabkan penuaan. Semakin pesat penyelidikan dijalankan, lebih banyak ilmu penuaan terhasil, maka pakar gerontologi lebih dekat mencapai matlamat dalam meningkatkan kesedaran bagi kesihatan optimum dan kebebasan penyakit penuaan dalam jangka hayat manusia.

Walupun proses penuaan tidak dapat dielakkan , namun membongkar rahsia "biologi" penuaan menjadi matlamat utama para saintis. Cara sel menua, cara penuaan memberi kesan kepada fungsi tubuh, pembiakan dan kematian dapat membantu kita untuk lebih memahami punca-punca penuaan dan menemui jalan penyelesaian terhadap penyakit-penyakit yang biasa dihidapi oleh warga tua.

Menurut perangkaan kesihatan dari Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), Amerika Syarikat, kira-kira 3/4 daripada kematian terdiri daripada umur 65 tahun ke atas. Kebanyakan kematian berpunca daripada keadaan kronik termasuk penyakit jantung dan kanser yang merupakan dua punca kematian utama bagi mereka berumur 65 tahun ke atas untuk dua dekad lepas. Penyakit angin ahmar atau serebrovaskular menjadi punca ketiga teratas dan penyakit berkaitan pernafasan kronik merupakan punca keempat kematian manakala Alzheimer dan kencing manis juga terdiri daripada punca-punca kematian. CDC secara tidak langsung menerangkan yang penuaan hanya akan menjadi lebih sihat, seronok dan produktif jika jumlah penyakit-penyakit kronik yang biasa dihidapi oleh warga tua dapat dicegah dan dikawal.


Berikut adalah penyakit kronik dan keadaan yang biasa dihadapi oleh warga tua:

  • penyakit kardiovaskular
  • kanser
  • tekanan darah tinggi
  • kencing manis
  • terlebih berat badan dan masalah kegemukan
  • nyanyuk
  • artritis
  • osteoprosis
  • penyakit-penyakit mata seperti katarak dan glaukoma
Teori-teori mekanisme-mekanisme penuaan : Cara-cara penuaan seseorang
Terlalu banyak teori yang berkaitan dengan biologi penuaan manusia. Lazimnya, ia terbahagi kepada 2 kumpulan.

Pertama : teori jangka hayat terancnag yang mana penuaan mengikut aturan biologi
Kedua    : teori haus dan lusuh ("wear & tear") yang mana persekitaran memberi kesan terhadap proses penuaan seseorang. 

Hipotesis penuaan selular dan molekul yang utama adalah seperti berikut:
  • kerosakan dan pemulihan DNA
  • pengatur-pengatur genetik penuaan
  • penuaan dan kerosakan mitokondria
  • pengumpulan protein-protein tidak diperlukan (AGE protein)
  • penuaan replikatif dan telomer
  • ketidakfungsian neuroendokrin

No comments:

Post a Comment