Amalan pemakanan yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran telah
terbukti dapat membantu kita mengawal simptom alahan dan respitori. Hasil
kajian yang dilakukan oleh para penyelidik dari Sepanyol, Greek dan United
Kingdom terhadap amalan pemakanan dan tahap kesihatan kanak-kanak di kawasan
pedalaman di Eropah yang mana lebih mudah mendapat akses kepada sumber-sumber
tersebut kerana kedudukan geografinya dn mudah mendapat sumber bekalan makanan
tersebut. Hasil kajin yang dilakukan, didapati:-
· Memberi perlindungan kepada mereka yang menghidapi masalah asma, alahan
dan juga respitori.
· Pengambilan oren, epal, tomato dan anggur didadapati memberi kesan yang
signifikan dalam melindungi kanak-kanak daripada kesukaran bernafas dan alahan
rintis.
· Mereka yang makan dan mengambil makanan seperti kacang yang kaya dengan
sumber vitamin E sekurang-kurangnya tiga kali seminggu juga didapati kurang
menghadapi kesukaran bernafas. Viitamin E merupakan bahan utama yang diperlukan
tubuh badan manusia menahan pemusnah sel dan ancaman radiasi oleh oksidan dan
radikal bebas. Kekacang dan sayur-sayuran juga mempunyai kandungan magnesium
yang tinggi dan menurut sesetengah pengkaji dapat membantu melindungi daripada
serangan asma dan meningkatkan kekuatan paru-paru serta saluran penafasan.
·
Manfaat ini adalah berkaitan dengan vitamin-vitamin dan anti-oksidan
yang terkandung dalam makanan tersebut dan ini adalah suatu perkembangan yang
baik kepada mereka yang mengidap masalah alahan yang serius dan berkait rapat
dengan keradangan dan paru-paru.
Ini adalah selaras dengan Islam yang menggalakkan pemakanan makanan yang
halal dan toyyib dalam kehidupan termasuklah menekankan tabitat makan yang
betul dan seimbang. Jelas terbukti bahawa buah-buahan dan sayur-sayuran dapat
membatu kita dalam menempuhi kehidupan dengan lebih sihat.

No comments:
Post a Comment