Thursday, May 16, 2013

FAKTA : Aktiviti Berlebihan Yang Membahayakan Kesihatan Wanita


Aku plan nak posa hari ini, bangun sahur kul 5:30am minum air kosong 2 gelas dan beberapa potong kek pisang my peberet. Tapi bila tiba kul 11 masa gi pickup una dr sekolah agama…mood aku agak swing hari ini…bila kuar rumah…kuih yg jual tepi jalan tu pun aku rasa mcm sedap sgt..apa lagi terbuka lar niat posa ku….gagal melawan hasutan syaitan…denagan keadaan cuaca yang teramat panas nie aku rasa bagai tak mampu nak meneruskan niat posa berturut2 hari…….maafkan aku mak…hehehe…janji gan mak nak posa rejab ari2.
Baiklah…entry untuk hari ini berkaitan diriku WANITA…..kata orang insan yang lemah betul ker? Tapi SELEMAH2 wanita mampu mengoncang dunia…..bangga jadi wanita nie(sambil dabik dada)hahahaa…..


Aktiviti Berlebihan Yang Membahayakan Kesihatan Wanita

======================================
Penting untuk kita terutamanya wanita untuk menjaga setiap aktiviti dalam kehidupan seharian. Jika tidak ianya mungkin akan membahayakan kesihatan. Berikut ialah aktiviti yang jika dilakukan berlebihan akan memberikan kesan kepada kesihatan dalam jangka masa panjang:

1. Terlalu lama berdiri:
# Merosakkan tulang.
# Urat-urat sekitar kaki menjadi kembang.
# Liang faraj sentiasa basah. 

2. Terlalu lama duduk
# Merosakkan lipatan daging.
# Akan mudah dihinggapi penyakit tua.
# Tubuh badan menjadi kendur

3. Terlalu lama berjalan
# Merosakkan urat.
# Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak 
menetu masanya

4. Terlalu lama melihat
# Merosakkan darah.
# Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaan

5. Terlalu banyak tidur
# Merosakkan tenaga.
# Menjadi pemalas. Jauh jodoh.
# Selalu berangan-angan.
# Urat-urat disekitar rahim menjadi tidak kuat.
# Mudah dijangkiti kemandulan.

6. Terlalu riang/gembira
# Merosakkan usus
# Mudah dijangkiti keputihan pada liang faraj.

7. Terlalu kerap marah
# Merosakkan hati.
# Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banyak berfikir
# Merosakkan limpa
# Kulit muka cepat berkedut
#Haid tidak menentu
# Kerap mengalami sentakan kaki atau tangan semasa tidur.
# Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.

9. Terlalu banyak bersedih
# Merosakkan jantung.

10. Terlalu merana
# Merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut
# Merosakkan ginjal.
# Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala 
kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut
# Merosakkan pundi hempedu.
# Gejala pening kepala kerap dialami.
# Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang 
terlebih.

13. Terlalu banyak makan
# Merosakkan pencernaan.
# Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk.
# Liang faraj kurang bersih (semakin banyak ‘ragam’ 
lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan
kebersihan liang faraj).

14. Terlalu minum minuman berais
# Merosakkan otot dan lambung.
# Badan dan payudara menjadi lembik.
# Berat badan meningkat.
# Mudah diserang penyakit dan kelihatan awet muda.

15. Terlalu banyak masa lapang
# Merosakkan fikiran.
# Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai 
khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali 
masa lapang diisi dengan aktiviti hidup yang positif.

Semoga bermanfaat

No comments:

Post a Comment