Thursday, August 21, 2014

Boikot ker??paham ker??


Kenapa Saya Tetap Setia Dengan Shaklee?? Kenapa Tak Boikot...?

Assalamualaikum pembaca yg disayangi semua..

Kebelakangan ini semakin galak nampaknya orang yg menyebarkan berita kurang tepat mengenai Shaklee.
Sejak-sejak Gaza diserang, semakin ramai yg membuka mata, mahu menunjukkan simpati mereka yg bukan sedikit terhadap saudara seIslam kita yg dianiaya di sana. Tak kurang juga yg cuba menunjukkan 'kepandaian' mereka dengan menyebarkan berita palsu, terutama dalam bab boikot memboikot ni.

Ada yang lebih malang lagi, sekadar membaca tajuk sesebuah cerita sahaja, terus komen yg bukan2..terus shj tekan 'share' tanpa mempedulikan niat sebenar penulis, tanpa mengambil kira betul atau tidak fakta yg mereka sebarkan. Maka terjadilah 'keyboard warrior' sesama mereka. Mana yg anti sangat tu, sah2 menuduh dan mengutuk tanpa bukti. Mana2 yg dah lama membenci, inilah masanya untuk mereka meluahkan api kebencian mereka, terutamanya kepada pengedar-pengedar Shaklee.

Saya walaupun masih baru lagi dalam dunia bisnes Shaklee ini, saya langsung tidak goyah, malah keyakinan saya terhadap produk yg terbukti halal ini tidak pernah kurang. Saya yakin, kerana ini bukan isu yang baru dan leader2 kami yang terdahulu telahpun melalui 'serangan-serangan' ini lebih dahulu daripada kami. Ia seolah-olah bermusim, lebih2 lagi semasa serangan pihak zionis terhadap umat Islam di Palestin.

Ok..bagaimana saya boleh sebegitu yakin dengan Shaklee? Adakah saya begitu taksub? Atau saya bulat-bulat percaya apa sahaja kata leader kami tanpa saya sedikitpun membuat kajian dan perbandingan sendiri?
Tentu sekali tidak. Leader2 kami tidak pernah meyakinkan kami dengan cerita2 dongeng yg mereka karang sendiri, semata-mata kerana mahu kami terus kekal bersama Shaklee, semata2 tidak mahu bonus mereka yg berjumlah 5,6,7 angka itu hilang begitu shj. Malah kami disalurkan dengan maklumat dan fakta yg tepat. Kami diminta menilai sendiri. Kami disuruh membuat solat Istikharah. Kalau yakin, teruskan. Kalau ragu-ragu yg muncul, buatlah keputusan yg terbaik untuk diri sendiri.

Saya rasa, penerangan leader kami dalam dua link blog yg saya sertakan di bawah ini sudah cukup jelas. Walau bagaimanapun, jika anda rajin membuat kajian, terdapat ramai lagi SID yang membuat post-post berkaitan isu boikot ini dan kesemua mereka bersandarkan kepada maklumat dan fakta yang sah. Rujukan yang tepat iaitu mereka yang arif dalam bidang ini. 



Jadi terpulang kepada pendirian masing-masing sama ada masih mahu menyokong atau memboikot. Tiada paksaan ke atas anda. Cuma yang diharapkan adalah, nilailah dengan hati yg terbuka. Dengan akal fikiran yg waras beserta ilmu di dada.

Saya sendiri sudah letakkan azam dlm diri saya, sekiranya terbukti benar Shaklee menyumbang kpd Zionis, dan sekiranya pihak berwajib di Malaysia spt JAKIM atau Majlis Fatwa Kebangsaan atau tak kisahlah mana2 badan yg dilantik kerajaan mengumumkan supaya memboikot kesemua produk keluaran US, maka barulah kami akan akur. TETAPI... ada tapi di situ..setakat ini ia cuma khabar angin shj dan Mr Roger Barnet selaku CEO Shaklee sendiri telah menafikan perkara ini. Tambahan pula, kenapa kerajaan perlu mengarahkan supaya memboikot produk Amerika Syarikat sedangkan negara kita sendiri mempunyai hubungan ekonomi dengan mereka? Sementelah pula produk Shaklee adalah halal, jadi tiada mana-mana peruntukan yg boleh menghalang pengguna daripada terus menggunakan produk ini.

Sekian, terima kasih. Itu sahaja daripada saya. Mahu lebih detail boleh klik link yg saya sertakan di atas, sangat jelas dan panjang lebar penerangannya.

MQ-0196429098

No comments:

Post a Comment