Saturday, July 6, 2013

❝ Tips untuk ibu meyusu semasa berpuasa ❞

✿ Perbaharui NIAT untuk menyusukan anak kerana Allah/Pencipta. YAKIN bahawa HANYA DIA memberi rezeki susu.
✿ Sentiasa BERDOA dengan lebih SPECIFIC seperti :

" Ya Allah, aku ingin menyusukan anakku kerana suruhanMU. Bantulah aku ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan dengan lancar. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku (Sebut nama penuh anak yg disusui beserta bin/binti) "

✿ Jangan skip sahur.
✿ Segerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur.

Sabda Nabi "Umatku tetap berada di dalam kebaikan, selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur"

✿ Amalkan makan kurma + madu ketika berbuka dan bersahur sekurang2nya 3 biji kurma.
✿ Banyakkan makan makanan seimbang, berkarbohidrat dan serat seperti oat, sayuran, buahan2.
✿ Boleh juga ambil supplement/vitamin untuk mengisi kekurangan nutrisi dalam diet sepanjang proses berpuasa untuk cergas bertenaga sepanjang hari
✿ Cadangan : Minum shake kurma yang dicampur dengan susu @ soya. Tambahkan oats/nestum bagi mendapatkan rasa kenyang bertenaga yang lebih lama.
✿ Kerap pam paling kurang 2-3 jam sekali dan kerap direct feeding antara 1-2 jam sekali.
Lebihkan sesi mengepam pada waktu malam + amal Power Pumping
✿ Amalkan Tandem nursing (menyusu sebelah dan pam sebelah lagi secara serentak)
✿ Pam susu @ Power Pumping sebelum sahur
✿ Sediakan LEBIH stok perahan susu ibu (EBM) sebagai persediaan ketika berpuasa.
✿ Elakkan diri dari terlalu penat dan stress dengan berehat secukupnya.
✿ Sentiasa berfikiran positif dan sentiasa ceria dengan senyuman
✿ Berjumpa dengan pakar atau doktor anda sekiranya menghadapi masalah dalam penyusuan.


No comments:

Post a Comment