Thursday, July 18, 2013

Tips Kurangkan Paras Kolestrol Tinggi


Selepas pemeriksaan, kolesterol darah saya didapati berada pada tahap tinggi. Kini saya sedaya upaya memilih makanan sihat. Selain itu apakah nasihat untuk mereka yang mengalami kolesterol tinggi?

JAWAPAN

Masalah kolesterol tinggi bukanlah penyakit tetapi memberi komplikasi yang digeruni iaitu meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular dan strok. Kolesterol berlebihan akan berkumpul dan membentuk plak yang menyumbat dinding arteri. Memandangkan timbunan plak ini terus bertambah dan makin menebal, aliran darah akan menjadi semakin perlahan dan mungkin terhenti.

Bagi mereka yang ingin mengurangkan paras kolesterol, perubahan dari segi gaya hidup dan cara pemakanan harus dilakukan, seperti:

Mengurangkan berat badan sekiranya anda bermasalah dengan berat berlebihan. Untuk mengurangkan atau mengekalkan berat badan, kita perlu menggunakan kalori berlebihan daripada makanan dan mengurangkan pengambilannya mengikut jumlah yang diperlukan. Ini kerana apabila pengambilannya melebihi daripada tenaga yang digunakan, kalori berlebihan akan ditukar kepada lemak dan mengakibatkan pertambahan berat badan.

Bersenam secara tetap (sekurang-kurangnya 30 minit senaman tahap sederhana, sekurang-kurangnya 5 kali seminggu) boleh mengurangkan kolesterol total dan kolesterol berbahaya (LDL) serta meningkatkan kolesterol baik (HDL).

Merangkumi buah-buahan dan sayuran dalam hidangan harian (5 hidangan sehari) didapati boleh meningkatkan kolesterol HDL

Berhenti merokok sekiranya anda seorang perokok memandangkan merokok boleh merendahkan kolesterol HDL

Memperbaiki cara pengawalan stres juga sangat dicadangkan.

Semenjak tahun 70-an, red yeast rice didapati berkesan untuk merendahkan LDL, trigliserida dan kolesterol total. Walau bagaimanapun, pilihlah red yeast rice yang dipiawaikan kandungan ekstraknya berbanding dengan yang tidak dipiawaikan yang sukar untuk diramal.

Red yeast rice terhasil daripada fermentasi beras dengan yis merah, yang memberikan warna merah gelap kepada nasi. Ia mengandungi monacolin yang menghalang aktiviti enzim HMG-CoA reductase yang terlibat dalam penghasilan kolesterol dalam tubuh. Dalam ujian ke atas 502 orang pesakit hiperlipidemia, ia didapati dapat menurunkan 17 peratus kolesterol total. Secara purata Kolesterol LDL diturunkan sebanyak 24.6 peratus dan serum trigliserida 19.8 peratus. HDL kolesterol meningkat sehingga 12.8 peratus dalam kumpulan rawatan.

Selain itu, vitamin E tokotrienol juga didapati memberi manfaat dalam mengurangkan paras kolesterol total dan jantung secara keseluruhannya.



Kolestrol Dalam Juadah Makanan


timbunan-kolestrol-dalam-darah
Timbunan Kolestrol

Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN

SYAWAL bererti kemenangan. Setelah mengharungi sebulan yang penuh godaan, inilah waktunya meraikan kejayaan. Syawal juga bererti kemaafan, kini tiba masanya untuk meleraikan segala-galanya.

Dan bagi sesetengah daripada kita Syawal juga bererti ‘masa untuk makan.’ Baru masuk hari ketiga Aidilfitri, rasanya semua hidangan sudah dicuba. Sebut saja ketupat, lemang, rendang, lontong, soto, nasi himpit, kuih muih dan kek. Masih ada yang belum tersenarai?

Siapa yang mampu menolak hidangan ini? Apatah lagi sebulan berpuasa, pasti ramai mengidam dan inilah masalah ‘membayar’ kembali apa yang diingini.

Dalam enak menjamu selera, jangan dilupa dengan tahap kesihatan diri. Sesekali cuba semak apa yang anda makan. Mungkin tatkala menjamah, kita tidak fikir. Namun jika penyakit datang, siapa yang susah, diri sendiri juga merana.

Bercakap mengenai juadah Aidilfitri, sukar untuk menafikan kebanyakan hidangan kita mengandungi kalori tinggi dan kolestrol yang akhirnya mengundang pelbagai penyakit.

Apa itu kolesterol?


Pakar Perunding Bedah Jantung dan Paru-paru dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia Profesor Madya Ramzisham Abdul Rahman berkata, kolestrol adalah lapisan lemak yang wujud secara semulajadi dalam semua bahagian dalam tubuh badan.

Kolesterol katanya, datang daripada dua sumber. Satu daripada badan dan satu lagi daripada makanan. Hati dan sel dalam badan menghasilkan kira-kira 75 peratus daripada kolesterol dalam darah. Selebihnya ia datang daripada apa yang anda makan. Kolesterol hanya ditemui dalam makanan berasaskan haiwan.

Mungkin anda terperanjat jika dikatakan kolesterol itu sendiri tidak jahat. Sebenarnya, kolesterol adalah satu daripada bahan yang dihasilkan badan untuk kekal sihat. Sesetengah kolesterol yang kita perlukan dihasilkan secara semula jadi (boleh juga dipengaruhi sejarah keluarga), manakala sesetengah lagi diperolehi daripada makanan yang kita ambil,” katanya yang juga merupakan Pensyarah Kanan pusat perubatan tersebut.

Namun menurutnya, jika paras kolestrol terlebih dalam darah, ia akan melekat pada dinding arteri dan ini dipanggil plak.

Katanya, plak boleh mengecilkan arteri atau menyekat terus perjalanan darah dan seterusnya meningkatkan risiko sakit jantung dan strok. Paras kolesterol juga meningkat sejajar dengan peningkatan umur.

Jelasnya lagi, tidak ada tanda seseorang itu mempunyai paras kolesterol yang tinggi dalam darah.

Anda mungkin mempunyai paras kolestrol tinggi disebabkan keturunan, obesiti dan mengambil makanan yang berlemak terutama sekali dalam musim perayaan begini,” kata beliau.

Sambil menegaskan hari raya bukanlah tiket untuk bebas menikmati apa sahaja hidangan disebabkan telah berpuasa selama sebulan, Prof Ramzisham menasihatkan pembaca agar berhati-hati ketika menjamu selera terutama kepada mereka yang mempunyai penyakit darah tinggi, diabetis, jantung dan juga kepada individu yang merokok.

Jenis kolestrol


Terdapat dua jenis kolesterol, iaitu kolestrol baik (HDL) dan kolestrol jahat (LDL). Adalah penting setiap individu memahami dan tahu paras baik dan jahat kolesterol dalam darah.

“Lebih salah satu atau kurang daripadanya meletakkan diri dengan risiko penyakit jantung koronari, serangan jantung dan strok,” katanya.

Jelas beliau, kolestrol HDL adalah kolestrol baik yang membantu kolestrol LDL daripada berkumpul dan menyekat dinding arteri.

Paras HDL yang sihat juga melindungi tubuh daripada serangan jantung dan strok, manakala paras HDL yang rendah (kurang daripada 40mg/dL untuk lelaki dan kurang daripada 50 mg/dL untuk wanita) terbukti meningkatkan risiko penyakit berkaitan jantung.

Jika anda ingin meningkatkan HDL, kajian menunjukkan senanan biasa boleh membantu badan menghasilkannya. Mengurangkan pengambilan lemak trans dan mengambil pemakanan seimbang, diet berkhasiat juga boleh membantu. Jika kedua-dua cara itu tidak berkesan, doktor akan memberi ubat khas bagi membantu meningkatkan HDL.

Dalam pada itu, jika terlalu banyak LDL dalam darah, ia boleh menyumbat arteri, meningkatkan risiko serangan jantung dan strok.

LDL dihasilkan secara semula jadi oleh tubuh, tetapi kebanyakan individu mewarisinya daripada ibu, bapa atau datuk dan nenek. Pemakanan mengandungi lemak tepu, lemak trans dan kolesterol juga meningkatkan paras sedia ada anda,” katanya.

Bagaimanapun kata beliau lagi, jika paras kolestrol tinggi dalam darah diwarisi daripada keturunan, mengubah cara hidup dan diet masih belum mencukupi untuk menurunkan paras LDL.

Menurutnya, setiap individu berbeza. Jadi mereka perlu mendapatkan pandangan doktor untuk pelan rawatan terbaik yang patut dilakukan.

Di Amerika Syarikat katanya, penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu. Hampir 2,300 penduduknya mati akibat penyakit kardiovaskular setiap hari, secara purata satu kematian setiap 38 saat.

Beliau juga menyarankan kepada mereka yang rasa bertanggungjawab terhadap kesihatan diri terutamanya yang mempunyai risiko tinggi membuat saringan kesihatan di klinik atau pusat-pusat kesihatan di bulan Syawal ini untuk mengelakkan penyakit yang tidak diundang demi bertemu Ramadan dan Syawal tahun hadapan.

source : Utusan Malaysia

Vitamin bulan puasa

Tak kira bulan Ramadhan atau tidak... vitamin Shaklee sesuai untuk setiap lapisan masyarakat dan juga di waktu apa pun.. :)... Tapi memandangkan bulan puasa ni bulan istimewa jadi kita tak naklah sakit teruk....lagipun nak beribadah lebih banyak daripada biasa... nak rebut pahala berlipat ganda di bulan mulia.vitamin ni salah satu senjata perisai untuk segar bertenaga

Jadi cadangan vitamin seperti gambar di atas memang sesuai untuk semua. .. ESPBcomplexVitaleaPerformance Drink, Chewable Vit c, Alfalfa Complex, dan juga Nutriferon...  Ini kira asas. tapi tak semestinya kena beli semua....belilah mengikut budget kemampuan poket masing2 dan Sila dapatkan nasihat daripada pengedar Shaklee faveret anda okay.. jangan beli semua last2 jadi perhiasan je... sebab pengedar Shaklee akan cadangkan mana2 vitamin Shaklee selain dalam  gambar di atas yang lebih sesuai dengan anda
Kalau saya, sahur mesti minum segelas ESP  yg dibancuh bersama segelas fresh milk dan juga blend bersama isi kurma.. lazat delicious..Vitalea makan ketika bersahur .. itu kalau sahur heavy...kalau tidak saya sekadar minum ESP dan ambil nutriferon.. Yang lain2 saya ambil selepas berbuka puasa dan sebelum tidur.. Alhamdulillah, segar ceria sihat berpuasa bersama vitamin Shaklee.. InsyaAllah.. 
Bulan puasa tahun merupakan tahun pertama saya berpuasa sambil berbisnes Shaklee... sambil makan sambil berkongsi kebaikan khasiat vitamin shaklee... dan saya lihat permintaan terhadap vitamin Shaklee di bulan puasa memang tinggi lagi lagi di kalangan wanita hamil, wanita sedang menyusu, wanita yang nak anggun cantik ramping langsing berseri mulus tulus gebu menjelang raya..... Semua nak berikan terbaik sepanjang berpuasa dan menjelang Syawal.. ye ??sapa2 nak buat pesanan sempat lgi nie...SMS kod <POSA> di 019-6429098

Wednesday, July 17, 2013

Petua Bahagia Daripada Dr Fadzilah Kamsah

Petua Bahagia Daripada Dr Fadzilah Kamsah
Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan. Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.
Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan. Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

Petua Bahagia Daripada Dr Fadzilah Kamsah

1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
Berdoa adalah satu kaedah yang diajar dalam agama islam untuk melatih manusia bertawakkal dan berharap hanya semata-mata kepada Allah.
Setiap perbuatan (usaha) kita seharian dari bagun tidur sehingga tidur semula perlu dimulakan dengan berdoa. Sekurang-kurangnya dimulakan dengan bacaan bismillah.

Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran

Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran

Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran
Pada pandangan penulis, semua pelajar berusaha untuk menjadi pelajar cemerlang.Beberapa perkara mesti dilakukan oleh seseorang pelajar itu jika dia mahu menjadi pelajar yang cemerlang.
Zaman sekarang, semua pelajar berebut-rebut dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kejayaan dan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Setiap tahun demi tahun pasti akan ada pelajar cemerlang yang akan mencatatkan rekod sebagai pelajar paling cemerlang seperti contoh siti fatimah yang berjaya mendapat 18A dalam peperiksaaan SPM.
Petua Menjadi Pelajar Cemerlang
Semoga di masa akan datang lebih ramai lagi pelajar di Malaysia yang akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran

Kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu’minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.
  • Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT
    “Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman.” [23:1]
    Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.
  • Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati
    “iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.” [23:2]
    Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.
  • Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.
    “dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna).” [23:3]
    Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan.
    Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.
    Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu’, melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
    Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.
  • Prihatin sesama kita
    “dan orang-orang yang menunaikan zakat.” [23:4]
    Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.
  • Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan
    “dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.” [23:5,6,7]
    Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.
    Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.
  • Jujur, amanah
    ” dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya.”[23:8]
    Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?
    Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah “Bismillahi tawakkaltu ‘ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil ‘azim.”
  • Tepati waktu
    “dan orang-orang yang memelihara solatnya.” [23:9]
    Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.
    Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.
  • ” Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya.” [23:10,11]
  • ” …
  • .Maka di antara manusia ada yang berdoa: ‘Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.’ Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat.”[2:200]
  • “Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka.” [2:201]
  • “Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya.” [2:202]
  • Semoga artikel ini berguna untuk anda , penulis doakan anda berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan..
    Sumber: Iluvislam.com –

    GLA Shaklee Promosi July 2013

    Salam sejahtera buat semua pembaca setia CoolMummy.com. Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat menyambut Ramadhan AlMubarak.. Saya nak ambil kesempatan nak mengucapkan selamat berpuasa.. dan juga nak mohon ampun maaf atas segala kesilapan saya buat semua rakan2 baik alam maya atau realiti.. Saya hanya manusia biasa yang tak dapat lari dari kesilapan . Niat saya menulis di blog untuk berkongsi ilmu dan kebaikan buat semua tanpa mengira usia,bangsa, taraf hidup dan sebagainya... Jika ada yg tersinggung atau terasa...mohon maaf ya... Jom kita raikan bulan Ramadhan dengan pesta ibadah..
    Entry ini sebenarnya cuma nak kongsi tentang promosi July yang dianjurkan oleh pihak Shaklee Malaysia Sdn Bhd. GLA Complex. Buy 6 Free 1.. GLA COmplex memang salah satu produk yang laris setiap bulan.GLA complex mengandungi sejenis asid lemak Omega-6 yang membantu dalam pembentukan prostaglandin untuk lelaki dan wanita. Prostaglandin ini yang berfungsi untuk mengawalatur estrogen dan testosteron yang membantu dalam kestabilan hormon seterusnya mencegah penyakit2 berkaitan hormon seperti cyst, fibroid, lebihan berat badan, tua sebelum usia, masalah kulit dan banyak lagi
    while stock last... promosi July 2013.. GLA COmplex
    Jadi sila dapatkan dari saya hadiah untuk diri sendiri..
    Sekian coretan ringkas pagi ini.. Selamat berpuasa.. Oh ya.. jangan lupa pengambilan Vitamin rutin anda sepanjang berpuasa untuk kekal segar dan berseri.. InsyaAllah..

    Wednesday, July 10, 2013

    Cantik dengan berpuasa


    BERPUASA merupakan ibadah yang sangat banyak manfaatnya . Meskipun umat Islam diwajibkan berpuasa sebagai melaksanakan salah satu Rukun Islam namun puasa juga boleh meningkatkan kecantikan dan kesihatan seseorang.
    Apabila seseorang berpuasa perutnya rehat dari sebarang beban. Perut mula mengempis dan fungsi perut menjadi lebih baik lagi.
    Obesiti morbid merujuk kepada mereka yang mempunyai ukur lilit pinggang melebihi 35 inci bagi wanita dan 40 inci bagi lelaki.
    Kumpulan ini mempunyai risiko tiga kali ganda mengidap masalah kolestrol tinggi dan empat kali ganda risiko kencing manis. Bagi pengidap obesiti morbid banyak halangan dilalui bagi menurunkan berat badan. Ini kerana kerosakan hormon dan enzim yang teruk. Namun sepanjang bulan puasa mereka akan mendapat penurunan berat badan.
    Bagi memastikan penurunan berat badan yang ketara dan berkesan sewaktu berpuasa beberapa perkara perlu diambil berat.

    1) Jangan minum minuman manis sewaktu berbuka.
    Oleh kerana sewaktu berbuka kita dihidangkan dengan sajian kuih muih yang pelbagai maka minuman manis harus dielakkan. Terdapat banyak gula dalam kuih muih tersebut. Kurma baik dimakan kerana mempunyai gula semula jadi yang banyak di dalamnya. Pengambilan kurma sudah tentu lebih baik daripada air manis.

    2) Kurangkan kuih manis
    Pengambilan kuih manis perlulah sekadar sahaja dan tidak berlebihan. Kalori tinggi disebabkan kandungan gula yang tinggi membuatkan tubuh tidak mampu melepaskan lemak yang dikandung. Mereka yang gemar makan banyak kuih sewaktu berbuka sukar kurus.

    3) Makan nasi nasi sedikit sahaja
    Nasi haruslah diambil dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Pengambilan nasi yang banyak akan membuatkan seseorang menjadi semakin lapar dan sukar menyekat nafsu makan. Ini kerana nasi menyebabkan insulin dirembes dengan banyak dari kelenjar pankreas. Peningkatan insulin ini membuatkan kandungan gula turun dengan cepat dan kita kembali lapar. Insulin juga meningkatkan lemak berkumpul pada perut kita.

    4) Banyakkan pengambilan sayur-sayuran
    Mengambil banyak sayur-sayuran boleh meningkatkan serat dalam perut kita. Serat yang tinggi membantu membuang lemak melalui najis. Serat juga merupakan karbohidrat yang baik dan merangsang penurunan insulin sekali gus mengurangkan lemak daripada berkumpul di perut.

    5) Tingkatkan pengambilan buah-buahan
    Pengambilan buah-buahan yang banyak boleh meningkatkan vitamin dalam tubuh kita dan mencantikkan kitaran tenaga dalam tubuh kita.
    Ini menjadikan kita segar dan bertenaga semasa puasa.

    6) Bersenam setengah jam setiap hari
    Meskipun berpuasa, amalan bersenam haruslah diteruskan. Berpuasa dan bersenam setengah jam setiap hari merupakan amalan menurunkan berat badan yang paling berkesan. Apabila kita berpuasa kadar metabolik semula jadi tubuh akan menurun. Ini membuatkan pembakaran lemak menjadi perlahan. Bersenam pda bulan puasa menigkatkan metabolik, menjadikan kita cepat membakar lemak.

    7) Pengambilan protein yang tinggi
    Mengambil makanan berprotein tinggi seperti ikan, daging merah dan telur membantu menaikkan metabolik tubuh kita. Protein akan merangsang pembakaran lemak dengan meningkatkan glukargon iaitu hormon pembakar lemak dalam darah kita.

    8) Suplemen
    Suplemen yang sangat perlu sewaktu puasa ialah kalsium, potasium dan zink. Pengambilan makanan suplemen ini akan menjadikan kita lebih bertenaga. Ia juga membantu fungsi hormon dan enzim yang lebih baik lagi.
    Meskipun berpuasa kecantikan kulit dan keceriaan wajah haruslah dititikberatkan. Seseorang boleh meningkatkan kecantikan wajah sewaktu berpuasa dengan mengamalkan tip di bawah.

    1) Pelembap wajah
    Amalkan memakai pelembap wajah bagi memastikan kulit wajah tidak kusam dan kering sewaktu puasa
    2) Solekan sederhana
    Bersolek dengan sederhana akan menyerlah kecantikan seorang wanita dalam bulan puasa. Memakai gincu, pelembab bibir dan celak sudah mencukupi.
    3) Jangan banyak tidur
    Banyak tidur di bulan puasa menjadikan wajah tampak sembap dan lesu. Oleh itu lakukan aktiviti bagi mengelakkan banyak tidur.

    Amalan sebegini sudah tentu akan menjadikan anda lebih jelita menjelang hari raya. Anda kini boleh tampil dengan imej yang lebih langsing dan wajah yang lebih berseri di pagi raya. Sudah tentu ini akan menjadi satu bonus buat anda yang berpuasa.


    [TIPS elak gastrik dibulan puasa]


    Cadangan suplemen shaklee utk Gastrik -->

    ESP - soy protein membantu membina sel2 badan yg baru bagi gantikan sel2 lama yg telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik akibat proses pencernaan

    OSTEMATRIX- kalsium magnesium - membantu meneutralkan asid didlm perut

    Suplemen lain yg boleh diamalkan juga - b complex & alfalfa



    ID No : 889059
    Shaklee Independent Distributor

    019-6429098 | FB Page : MQ-Mall-Online | zuredazaini@gmail.com

    Sunday, July 7, 2013

    Kuruskan badan dengan tidur berbogel?


    Percayakah anda tidur tanpa pakaian boleh menguruskan badan? Selain daripada menjaga pemakanan dan bersenam untuk mendapat bentuk badan yang diidamkan, ada lagi cara yang mampu membuat anda kurus tanpa melibatkan kos. 

    Menurut penulis buku "The Hormone Diet", Dr Natasha Turner, anda boleh mengurangkan berat badan sekiranya tidur dalam keadaan berbogel! 

    Jika anda tidur tanpa pakaian, tubuh anda seperti menekan butang 'reset' kepada hormon 'fat loss' dengan merembeskan hormon yang membina sel di dalam tulang, kulit dan otot dan menggalakkan penurunan berat badan. Keadaan tidak berbaju akan membuatkan anda merasa sejuk dan ini memudahkan proses rembesan tersebut. 

    Selain itu, tidur dalam keadaan tidak berpakaian boleh mengurangkan hormon kortisol penyebab stress dan memelihara tenaga dalam badan semasa tidur. Jika banyak hormon kortisol dirembeskan ketika tidur, anda akan merasa lapar dan membuatkan anda menikmati hidangan secara berlebihan. 

    Bukan itu sahaja, pakaian yang menghangatkan badan ketika tidur boleh mempengaruhi hormon pertumbuhan dan melatonin yang menyebabkan penuaan. Sekiranya anda tidur tanpa pakaian, kulit yang mempunyai cela senang dipulihkan kerana hormon pertumbuhan menjadi lebih aktif.

    APA ITU OVARIAN CYST & BAGAIMANA IA MENJEJASKAN KESUBURAN

    Minggu lepas ramai yang beli Shaklee GLA Complex daripada saya…kebanyakannya melibatkan kes cyst, tak kurang juga untuk masalah haid tidak teratur, hormon tidak seimbang, nak hilangkan parut dan ikhtiar hamil…Jom kita baca apa itu Ovarian Cyst..
    Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lendir/air yang terjadi di dalam atau dipermukaan ovari. Ia adalah kejadian yang kerap berlaku dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya ia jarang memberikan simtom atau gejala.
    Walaubagaimanapun, kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.
    Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Follicular cysts adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah.

    JENIS-JENIS CYST

    Terdapat beberapa jenis ovarian cyst yang kerap dialami oleh wanita. Kebanyakaan tidak memberikan kesan serius dan hilang dengan sendiri, tetapi ada juga cyst in boleh tumbuh dan menjadi besar dan menyebabkan ketidakselesaan. Kadang-kadang cyst boleh menyebabkan anda sukar hamil.
    Follicular Cyst: Ia terbentuk dari folikel yang tidak pecah dan gagal mengeluarkan telur. Folikel ini kemudiannya akan menjadi cyst. Ia adalah cyst yang paling kerap terjadi dan jarang memberikan masalah atau komplikasi.
    Corpus Luteum: Corpus luteum cysts boleh terjadi selepas folikel pecah dan mengeluarkan telur. Selepas folikel pecah, lendir dan cecair terperangkap didalam folikel yang pecah tadi menyebabkan cyst terbentuk. Cyst ini selalunya akan hilang dengan sendirinya tetapi ia boleh menjadi besar dan memberikan komplikasi seperti pendarahan , pecah (burst) atau ‘twist’ dan ini akan menyebabkan kesakitan.
    Endometriomas: Endometriomas adalah cyst yang terbentuk pada mereka yang mengalami endometriosis. Ia terbentuk apabila tisu endometriosis melekat pada ovari dan darah yang terkumpul setiap bulan akan membentuk cyst pada ovari. Ia boleh menyebabkan sakit semasa seks dan haid.
    Cystademas: Cystademas adalah cyst yang terbentuk dari sel pada permukaan ovari yang tumbuh dengan sendirinya. Cyst ini selalunya dipenuhi dengan cecair mukus dan boleh menjadi sangat besar.
    Dermoid Cysts: Dermoid cysts juga terjadi dari sel ovari yang boleh membentuk gigi, rambut dan tisu-tisu lain. Ia agak jarang berlaku tetapi boleh menjadi besar dan menyebabkan kesakitan sekiranya ‘twisted”.
    Polycystic Ovaries: Terjadi apabila folikel yang sepatutnya melepas telur, gagal menjadi matang dan bertukar menjadi cyst. Kemudian, lebih banyak cyst-cyst ini akan terbentuk dan memenuhi ovari.

    SIAPAKAN YANG BERISIKO UNTUK MENDAPAT CYST INI?

    Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi . kebanyakkan wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tidak complicated.
    Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.

    GEJALA OVARIAN CYSTS

    Ia pada umumnya tidak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketul pada bahagian bawah perut. Lain-lain gejala yang jarang-jarang ialah:
    • Sakit perut
    • Rasa perut penuh dan tak selesa
    • Rasa berat pada ari-ari
    • Sukar atau kerap kencing
    • Sakit semasa hubungan seks
    • Muntah dan loya.

    DIAGNOSA

    Diagnosa Cyst selalunya dibuat secara tidak sengaja, iaitu semasa pemeriksaan pelvis atau pemeriksaan faraj. Ovarian cyst dengan senang dapat di buat dengan mengunakkan mesin ultrasound, disamping itu, ultrasound juga boleh memberikan maklumat tentang saiz, lokasi dan kandungan cyst tersebut.

    OVARIAN CYST DAN MASALAH KETIDAK-SUBURAN

    Bagi kebanyakkan wanita, kehadiran cyst tidak banyak memberi kesan kepada keupayaan untuk hamil kerana ia selalunya kecil dan tidak akan menganggu proses ovulasi atau persenyawaan. Tetapi sekiranya anda mengalami endometriosis atau PCOS ia mungkin berkait rapat dengan masalah ketidak-suburan anda.

    RAWATAN



    Bergantung kepada jenis cyst itu sendiri. Bagi folikular cyst atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Selalunya doktor akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk. Bagi mereka yang mengalami masalah yang serius, pembedahan adalah sesuatu yang terbaik. Rawatan hormon juga boleh menolong untuk mengawal cyst ini pada sesetengah wanita. Supplemen yang dicadangkan ialah Shaklee GLA Complex yang dapat membantu mengawal selia hormon lelai dan wanita.

    Saturday, July 6, 2013

    Langkah/Tips mengelakkan Dehidrasi




    1. Minum air sekurang2nya 2-3 liter sehari

    2. Makan buah-buahan, bubur, sup dan makanan yang berkuah dan mengandungi air

    3. Kurangkan mengambil terlalu banyak gula dan garam kerana ia boleh menarik keluar air dari sel. Jadi elakkan ambil air bergas/berkarbonat dan kurangkan minuman berkafein seperti teh, kopi, nescafe dll. Kerana kandungan gula dan kafein yang berlebihan boleh menganggu penghasilan susu badan.

    4. Mengambil sayuran dan buahan yang mengandungi vitamin C.

    5. Berehat secukupnya.

    6. Mengambil minuman Isotonic seperti Performance Drink SHAKLEE
    Kenapa saya mencadangkan Performance Drink berbanding minuman isotonik lain?
    Kerana ia mengandungi kuantiti gula yang rendah berbanding minuman isotonik di pasaran, dan tidak berkarbonat dan dapat membekalkan tenaga berpanjangan

    Just 16 of the many reasons why Shaklee is different

    1.)Dr. Forrest C. Shaklee’s first product in 1915 was called “Vitalized Minerals” in which he isolated natural compounds from vegetables for their mineral values. He was joined in the same year and kept contact with the young Polish biochemist, Casimir Funk, who called his compounds “vitamins” This was the first use of the word vitamins.
     2.) Dr. Shaklee was a chiropractor who went through school with his friend, B.J. Palmer, the father of chiropractic care. Dr. Shaklee also held degrees in nutrition, biochemistry, philosophy and divinity.
    3.) In 1924, Dr Shaklee built a complete health care center with a staff of chiropractors, osteopaths, internist, general practitioners and surgeons. For the first time Dr. Shaklee’s formulations for food supplements were packaged and dispensed.
    4.) In 1928, he developed a sensible diet regimen he recommended to all his patients. This diet was similar to the Food Guide pyramid currently recommended by the United States Department of Agriculture, with emphasis on grains, fruits and vegetables and a minimum of fats and sugar.
    5.) In January 1929 he was ordained a minister and in 1933, he officially received his doctor of divinity degree. His deep concern for the spiritual part of life eventually took shape as the Shaklee philosophy.
    6.) He practiced chiropractic until he was 65 years old. Then he launched the Shaklee Corporation to market the products he spent his lifetime developing.  His dream was to share the products and better health with the world.
    7.) Shaklee nutritional products are recognized by the government as food. Many nutritional companies are considered drug companies.
    8.) Shaklee is the world's largest provider of vitamins and minerals, and is considered to be the leader in the nutritional industry.
    9.) Shaklee has their own products clinically tested by outside, unbiased sources (such as Yale University and Harvard University) providing scientific proof that these products break down and are utilized by your body. Hundreds of these tests are published in peer-reviewed nutritional and medical journals such as:
    a. The American Journal of Clinical Nutrition

    b. The Journal of Nutrition

    c. The Journal of the American Dietetic Association

    d. The Journal of Applied Physiology, and

    e. The American Journal of Cardiology
    10.) Some companies cite clinical studies, but their actual products have never been tested because law does not require it.
    11.) Shaklee products are all balanced and are the most natural supplements available. Being whole food, they contain essential known nutrients, unknown nutrients, phytochemicals and enzymes.
    12.) Shaklee has its own research and development lab in Hayward, California, and a second lab built in conjunction with the Stanford University in Palo Alto, California.
    13.) The Shaklee manufacturing plant is in Norman, Oklahoma. -Most vitamin companies just purchase their vitamins from a central lab and put their own labels on them.
    14.) Shaklee spends in excess of $12 million per year on research and testing. Shaklee has over 150 scientists on staff, and an advisory board consisting of doctors, professors, and scientists from leading industries and universities around the world.
    15.) As many as 176 separate tests for purity, potency and safety are performed on the ingredients for a single product. All Shaklee product claims have documented substantiation. Products undergo as many 262 separate quality assurance tests throughout the manufacturing process.
    16.) SHAKLEE PRODUCTS ARE 100% GUARANTEED!