Showing posts with label Bebelanku. Show all posts
Showing posts with label Bebelanku. Show all posts

Thursday, May 23, 2013

Rasa hatiku

Rasaku....rasa hati ku....rasa jiwaku.....
tak bertempat untuk ku luahkan........andai benar nie dugaan Mu Ya Allah aku redha, atas keredhaan ini ku pohon kekuatan, ketabahan, kesabaran agar aku tak menyimpang dari jalan Mu ya allah.

Pelbgai uasaha telah kuatur....tapi mengapa kurasa bagai x der apa yang aku buat....ya allah kau lindungi lar hatiku gan iman dan taqwa....aku memohon pada mu...berikan lah aku petunjuk dan hidayahmu...jauhkan lah aaku dari sifat putus asa...berikanlah aku ketabahan...kecekalan....kekuatan untuk menghadapi segala ujian mu yaallah...

Friday, May 17, 2013

PUNCA-PUNCA HAID BERLEBIHAN DAN BERPANJANGAN~

Ramai wanita hadapi masalah nie....tapi tak ramai yang ambik ia sebagai serius...

1. Ketumbuhan bukan kanser. Wanita yang mengalami keluaran darah haid yang berlebihan atau berpanjangan daripada biasa, tandanya ada penyakit, khususnya jika keluaran darah haid yang banyak disertai dengan senggugut. Gangguan haid seperti ini jika melibatkan wanita dalam usia 30 tahun hingga 50 tahun keatas, mungkin menandakan sesuatu penyakit tumbuhan bukan kanser pada pangkal rahim seperti cervical polyp atau dalam rahim seperti fibroid atau Adenomyosis.Cervical polyp adalah daging sangat kecil berwarna merah berbentuk bulat yang tumbuh di merata-rata tempat. Fibroid ialah ketumbuhan yang teksturnya kelihatan seperti sabut kelapa apabila dikupas. Ia boleh membesar dengan banyak jika dibiarkan.

2. Kanser Pangkal Rahim. Apa yang lebih menakutkan lagi ialah tumbuhan kanser rahim atau pangkal rahim. Ia boleh menyebabkan pendarahn berpanjangan keluar dari faraj.

3. Penggunaan alat perancang keluarga. Wanita yang menggunakan alat dalam rahim (IUD-Intra-Uterine Device) juga boleh mengalami masalah pendarahan yang berpanjangan dan berlebihan. Mereka yang menggunakan kaedah suntikan atau implant hormon sebagai cara mencegah kehamilan kadang-kala mengalami maslah perdarahan bersifat sedikit demi sedikit tetapi berpanjangan.

4. Kehamilan luarbiasa. Keadaan ini mungkin juga menandakan kandungan yang terancam nak gugur (Threatened abortion), keguguran, kandungan anggur (molar pregnancy), kehamilan di luar rahim.

Wednesday, May 15, 2013

NAK GEMUK !!

Pagi nie...selak2 majalah terjumpa amalan2 untuk menjadi gemuk....teringat zaman bujangku....aku mmg berusaha nak jadi gemuk....malu orang tengok badan macam tiang lampu....tapi alhamdullilah aku tak terlalu obses.... Mari kita check2 apa boleh kita ubah...kita ubah...yang penting perubahan kita kearah kebaikan...


1. Makan lewat malam.
Wah, terus-menerus bagi tips paling tak sihat sekali mentang-mentang dah tulis disclaimer LOLOLOL. Tapi ini sangat betul. Ada satu masa tuh, I was always working till late for few weeks, balik shooting pun lewat, walau kat set dah makan dinner (nasi) dan supper (biasanya Ramli burger), tapi sampai rumah still akan lapar lagi pastu masak maggi atau nasi putih telur dan kicap pergh pergh pergh gebu berat badan. 

2. Always have food within reach.
Dalam bahasa Melayunya, sentiasa ada stok makanan dalam ruang gapaian. Wah. Seperti Keknis, Keknis memang simpan makanan merata. Dalam almari kat bilik, dalam kereta, dalam handbag ada bread & butter, everywhere. Langkah ini sesuai untuk orang yang malas nak cari makan pada waktu senggang, malas nak turun dapur dan sebagainya. Malas adalah satu penyakit yang bukan hanya membuatkan orang gemuk, tapi membuatkan orang kekal kurus juga, pabila MALAS MAKAN. Jauhi 'malas'.

3. Minum air limau suam/panas.
Keknis kalau makan pastu order air limau suam, memang lepas habis makan still lapar. Teruk gila. Pernah sekali lepak makan nasi daun pisang kat Nirwana Maju sambil minum limau suam/panas, pastu biasalah perangai budak-budak baru nak up kan suka tukar tempat lepak, jadi pergilah pulak Mamak Andersen lepas selesai pekena nasik. Kebulur gila dahku cecah jer bontot kat kerusi terus menggigil tengok menu dan order beef lasagna. Penangan asid sang air limau. Damn mok mok.

4. Bahagiakan diri anda.
Ini tips yang paling orang selalu sebut-sebut (eh dah makin berisi, tengah bahagia lettewww) tapi lupa betapa benarnya ia kepada berat badan kita. Bila kita gembira, mesti kita rasa semua benda best semua makanan sedap selera terus menggunung. It's good :) Tapi bila kita stress, kita cengkung, sebab tak selera makan, emosi terganggu, terlalu pikirkan sesuatu sampai terlepas waktu-waktu meal :( Jangan stress tau :( Tak elok :(

5. Jangan masak.
Satu benda yang Keknis perasan, setiap kali lepas Keknis masakkan untuk keluarga, mesti macam tak lalu makan sangat. Lagi excited nak mengadap diorang makan sambil menatap muka puas memasing (bangga lettew orang makan makanan dia). Diri sendiri plak tak berapa lalu makan sebab 1) Dah tahu rasa masakan itu waktu altering the taste. 2) Dah penat masak. 3) Bau badan sendiri dah macam bau kenduri. 

Jadi kalau nak jaga selera makan dan naikkan berat badan, takyahlah masak. Hahahahaha, sebab masa Keknis busy kerja tuh, Keknis memang tak menyempat nak masak, that's why selera jer makan! Fuh!

 Tak elok sungguh nasihat ini kepada para gadis yang nak naikkan berat badan, tapi sekadar berkongsi. (Secara tak langsung, siapa yang nak turunkan berat badan tuh, RAJIN-RAJIN kan lah diri memasak).

6. Makan 3 course meal. Always.
Pembuka selera (buah-buahan/salad), makanan utama (nasi/lamb chop) dan pencuci mulut (kek/aiskrim/puding/creme brule). Setiap kali. Kadang-kadang takde dessert pun, mesti carik gak biskut dalam tin yang manis-manis. Memang habit.


PANAS...PANAS..HOT..HOT...



 Assalammualaikum & Selamat pagi….pagi ker??
Tak dapat dinafikan sekarang cuaca tersangat ler panas nyer…saya bangun kul 4:30pagi berpeluh….terus mandi…tapi macam rasa mandi tengahari….cuaca hari ini mmg tersangat panas, kalu jemur baju kul 11pg dah boleh angkat dan sidai yang 2nd round punya basuhan lak. Apalagi yang boleh kita lakukan? Jagalah kesihatan…panas melampau penyakit mudah singgah…pastikan pengambilan air bersih dan mencukupi dalam badan..sekurang2 nya 8-10gelas air putih sehari atau pun 25kg berat badan memerlukan 1liter air dalam badan. Untuk kaum ibu yang bekerja mahupun suri rumah pastikan anak2 minum air yang bersih dan mencukupi…kanak2 lagi mudah diserang penyakit.
Untuk yang berpuasa sunat Rejab…selamat berpuasa dimusim panas ini…malam ambik ler air lebih terutama mereka yang mengambil Alfalfa  & supplemen lain jugak. Cuba kurangkan aktiviti luar rumah. Untuk kaum bapa nampaknya kena kerja lebih kuat lagi…sebb bill api mesti melambung2 bulan nie dan seterusnya..al maklum ler air-cond siang dan malam…
Mari kena sama2 baca artikel yang saya dapat dari majalah iMuslim , bercerita mengenai cuaca panas hari nie

KUALA LUMPUR 14 Mei - Orang ramai terutama kanak-kanak dinasihat mengurangkan aktiviti di luar rumah semasa cuaca panas sekarang bagi mengelakkan terkena sunstroke atau strok matahari yang menyebabkan seseorang pengsan.

Setiausaha Agung Kehormat Persatuan Perubatan Malaysia, Dr. H. Krishna Kumar berkata, keadaan itu berlaku antaranya disebabkan panas matahari yang menyerap cairan daripada badan mengakibatkan mereka mengalami dehidrasi.

"Walaupun minum banyak air tetap tidak digalakkan melakukan aktiviti di luar rumah kerana air lebih cepat terserap melalui peluh yang dihasilkan.

"Lebih teruk jika terjadi kepada kanak-kanak kerana sistem pertahanan tubuh mereka tidak sekuat golongan dewasa," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Dr. Krishna menasihatkan, kanak-kanak yang berjalan kaki ke sekolah menggunakan payung bagi mengelakkan mereka berasa lemah akibat cuaca panas yang seterusnya akan mengganggu pembelajaran.

Pakar perubatan Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. David Quek Kwang Leng menyarankan, penghidap penyakit berbahaya seperti diabetes, jantung dan buah pinggang berunding dengan pakar masing-masing bagi mengetahui cara penjagaan diri semasa cuaca panas.

"Mereka yang normal dan menghidap penyakit serius mempunyai kondisi badan yang berbeza. Maka penjagaan diri mereka juga harus lebih mendalam," katanya.

Beliau berkata, jika kebiasaannya masyarakat perlu minum seliter air setiap hari, ketika cuaca panas orang ramai disaran minum antara satu setengah dan dua liter termasuk pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan banyak.

Katanya, selain kerap mandi untuk menyejukkan badan, penggunaan krim pelindung cahaya matahari juga dapat membantu melindungi kulit daripada terbakar. - BERNAMA
By: iMuslim

Monday, May 13, 2013

Hari Ibuku 2013


11-5-13
Makan malam kat umah alang….menu special udang besar gan laksa….kenyang giler sampai sendat perut. Naim yang paling puas makan bapak udang dr Labuan….yummmyummmyumm
Una gan Damia mcm biasa mainan tak pernah abis, syahmiena plak jumpa sikucing itam yang jadi igauan sepanjang idup dia….apa lagi melalak ler. Balik umah dlm kul 11.30pm layan cerekarama “MAMA TAKBUR” okay lar…criter biasa2 jer…tak tgk dari awal so byk lost….Cuma yang syahdu dlm 1 hari yang sama kehilangan seluruh ahli keluarga….tinggal sebatang kara….kesiannnn
Aku sedar esok hari ibu….tapi MAK aku kat kg…..hanya doa ku panjatkan buat MAK semoga mendpt kesihatan yg sejahtera….nak bagi hadiah mahal2 pun aku tak berkemampuan lagi….maapkan anak mu nie ya mak….nie lah anak...asyik mintak maap jer....

Tuesday, May 7, 2013

PRU 13 punya pasal


Assalammualaikum and very good morning to you
Jumaat, sabtu, ahad & isnin…..lama nyer aku bercuti dlm keterpaksaan.
4hari duk kampong tanpa jalinan internet, aku mati kutu……hanya mampu berehat…dan berfikir…
Nyata jelas fikiran aku tak boleh kosong…macam2 benda negative terjah masuk….jenuh ku halau..tapi dia masuk gak.
 
Semalam kul 2 sampai Meru, mengemas, memasak dan membasuh buat aku penat…malam hujan lak…tarik selimut..sedap nyer tidur….hasrat nak update “CoolMummy terkubur begitu sajer…
Pagi nie lepas hantar anak sekolah ku paksa gak update”CoolMummy” nie…..

Semak FB pagi nie terjumpa soklan cepu emas dri secret group JUTAWAN “Mudah Ker Buat Shaklee?” soklan sentap buat aku untuk waktu ini…ini jawapan padat aku “bukan senang nak senang dan bukan susah nak jadi susah”


Sekian coretan pendek pengenalan dari ku selepas bercuti selama 4hari. In Sha

Allah, di lain kali kita sambung lagi…... dan bulan ni sebelum mengundur diri, 

bulan ni promo VIVIX... dapatkan VIVIX anda dari saya dengan harga super 

hebat...

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
  
ID No : 889059
Shaklee Independent Distributor
019-6429098 | FB Page : MQ-Mall-Online | zuredazaini@gmail.com

Thursday, May 2, 2013

SELAMAT HARI PEKERJA


Asslammualaikum….
Syukur alhamdullilah selesai satu tugas kenduri kahwin, hari ini dari kul 12-5pm kuar masuk kedai cari wedding gift untuk siAndak….dah lama tak marathon kat Jalan Taiping smpi umah kul 8:30pm rasa macam nak tanggal satu persatu jari kaki ku….masa jalan tak rasa penat…bila dah smpi umah sambil lepak2 layan IRON MAN 2 kat HD nie baru rasa semua keletihan nya…..kenduri lambat lagi….6 bln awal dah rasa lelahnya…heheee

Bak kata mentor aku…apa pun yg berlaku dibulan April semalam adalah sejarah bukan masa untuk aku fikir KENAPA??KENAPA ia terjadi?? Marathon kat jalan taiping td memberi peluang aku untuk membuang segala perasan negative disana….setiba nya dirumah aku seolah2 jadi org baru…lupakan yang semalam…mulakan langkah esok pada malam nie…..kupujuk hati selembut mungkin agar hati aku yang keras nie terpaksa mengalah tanpa sebarang alasan.

Langkah pertama aku mesti buat “VISION BOARD” nnti bila dah siapa aku tunjuk kat sini ya….korang cool ya…nak keluarkan angan2 dri dlm kepala kedunia kertas….dr angan2 mak jenin ke impian & harapan…DOAkan “vision board aku success ya..
1-May hari buruh…kedai MQ-Mall-Online aku pun bercuti….sempena menutup sejarah April’13….banyak tangisan dari ketawa yang aku tinggalkan.
So malam nie langkah MAY’13 bermula. Aku mesti siap target May malam nie jugak!!
Ini salah satu item yang akan wujud dlm vision board aku…..korang ada?? AAK korang punya, aku nak yang aku punya..….hehehe
 











Executive Suri merapu mlm nie....

Tuesday, April 30, 2013

ALHAMDULLILAH amin yarabbalallamin

Usaha tangga kejayaan....kejayaan yang besar bermula dari kejayaan yang kecil.
semoga aku terus gigih meniti jambatan usaha menuju kepuncak jaya.

## aku PASTI capai mutiara itu walaupun aku tak pandai berenang dan menyelam