Wednesday, September 9, 2015

FAKTA-PROTEIN



PROTEIN
Makanan Tunggal & Terpenting. Protein daripada perkataan Yunani ‘PROTOS’ maksud ‘pertama muncul atau mengambil tempat pertama’.

TUBUH BADAN KITA TERDIRI DAIRPADA PROTEIN: 
Tulang
Kulit
Rambut
Otot – otot 
Organ – organ
Plasma
Antibodi
Enzim
Hormon
Hemoglobin – yang mengangkut oksigen – oksigen ke sel – sel – sebahagiannya ialah Protein
Sel – sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan: semua bergantung kepada Protein untuk menjalankan fungsinya seperti;
Membina sel – sel baru
Menggantikan tisu – tisu tua
Menggantikan tisu – tisu rosak dan usang

BAHAYA KEKURANGAN PROTEIN 
Kita berisiko menghadapi gangguan masalah berikut;
Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
Penyakit buah pinggang
Penyakit hati
Ulcer perut & usus
Penglihatan kurang baik
Pengaliran darah yang tidak lancar
Kolesterol tinggi
Kandungan gula darah rendah (low blood sugar)
Tekanan darah rendah
Saraf tidk stabil (nerve instability)
Kurang daya penyembuhan luka
Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan
Iritatiliti (menggeletar badan)
Kelesuan (weakness)
Penat (fatique)
Water retention (tinggi kandungan air dalam tisu badan)
Jika berpanjangan – terencat akal 

ASID – ASID AMINO – BLOK – BLOK BINAAN BAGI PROTEIN 
Asid amino merupakan unsur asas bagi protein
Protein terdiri daripada blok – blok binaan yang dinamakan asid – asid amino. Ada 22 jenis. Kesemua 22 asid amino bercantum dalam pelbagai cara untuk membentuk protein.
Asid amino terbahagi kepada 2 kumpulan
PERLU (Essential) – Ada 9 jenis. Badan kita tidak boleh membuatnya. Oleh itu kita perlu ambil daripada pemakanan kita.
TIDAK PERLU (Non Essential) – 13 jenis. Boleh dibuat oleh badan daripada 9 jenis asid amino yang PERLU tadi.

ADA 2 KUMPULAN PROTEIN 
Kelas 1 – terdiri daripada jenis makanan yang berasal daripada haiwan – daging, ikan, ayam, susu, telur. Dianggap lengkap, tetapi % kandungan protein terhad kerana bersamanya banyak kandungan lemak & kolesterol.
Kelas 2 – daripada tumbuh – tumbuhan yang terutama kekacang & biji – bijian. Dianggap tidak lengkap.

PROTEIN LENGKAP Vs PROTEIN TIDAK LENGKAP KESANNYA? 
Protein Lengkap – Jika suatu makanan mengandungi semua asid amino perlu dalam jumlah yang betul untuk menyokong kesihatan sempurna maka makanan tersebut dinamakan ‘Protein Lengkap’. Ia mengandungi nilai biologi yang tertinggi bagi tubuh kerana ia boleh diguna dengan paling berkesan.
Protein Tidak Lengkap – Jika suatu makanan kekurangan mana – mana amino asid perlu (Essential) ia dinamakan ‘Protein Tidak Lengkap’. Tidak mengandungi sebanyak nilai.

JUMLAH PROTEIN HARIAN
Kanak – Kanak
Bawah 12 tahun    
-   1 hingga 3 thn   : 23 gm
- 4 hingga 6 thn : 30 gm
- 7 hingga 10 thn : 34 gm
Perempuan     - 11 hingga 18 thn : 46 gm
Lelaki       - 11 hingga 14 thn : 45 gm
Dewasa
Lelaki (15+) : 56 gm
Wanita (19+) : 44 gm
Hamil     : 74 gm
Menyusu   : 64 gm

PROTEIN SHAKLEE 
“Protein Lengkap” – Terdapat 9 Amino Asid pentingnya tidak dapat dibuat dalam badan
Bahan terbaik – Soya (Berbanding protein daripada daging – kandungan proteinnya hanya 22% (lebihannya adalah lemak)
Tanpa kolesterol
Lemak sangat minimum (1 gm)
Instant – kadar penghadaman tinggi / serap terus dalam darah
Tiada perasa tiruan, pemanis pewarna & pengawet
Tanpa laktosa
Mengandungi 5 Vitamin B, 2 mineral & 8 gm karbohidrat untuk tenaga
‘Versatile’ boleh dicampur dengan sebarang minumam kecuali kopi dan teh. 


Tuesday, September 8, 2015

Sayangi Alam Sekitar

Tukar jenama! Sayangi alam sekitar kita!

Fosfat yang terkandung dalam serbuk pencuci boleh menyebabkan pertumbuhan alga yang melampau dan mengganggu hidupan air seperti ikan, udang, siput dan sebagainya. Kita tak nak hidupan air kita terancam kan? Ingat lah bumi kita bakal diwarisi oleh generasi kita


Thursday, September 3, 2015

Bagaimana Omega 3 Membantu Mencegah & Mengurangkan Serangan Asthma/Asma



Asma adalah penyakit kronik berpunca daripada kekejangan otot di cabang tenggorok yang menyebabkan saluran pernafasan bengkak dan sempit. Meskipun ia tidak boleh diubati, asma boleh dikawal dengan cara mengurangkan serangan melalui penjagaan rapi.


Malah, pakar-pakar turut menganggarkan 80 peratus daripada kematian di kalangan penghidap asma boleh dicegah jika mereka diberi pendidikan yang sempurna bagi menangani penyakit berkenaan.
Walaupun ia tidak berjangkit, asma boleh diwarisi, di mana anak-anak kepada penghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi.


Berdasarkan perangkaan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat lebih daripada 100 juta penghidap asma di seluruh dunia. Daripada jumlah tersebut, kira-kira satu juta adalah penduduk Malaysia dan 340,000 merupakan kanak-kanak di bawah 15 tahun. Pengurus Besar Total Health Concept, Jagdev Singh berkata, kajian Institut Strategik dan Pengajian Antarabangsa (ISIS) dan Persatuan Thorasik Malaysia mendapati asma adalah penyebab utama kanak-kanak tidak hadir ke sekolah kerana sakit.

Statistik menunjukkan lebih dari 53 peratus kanak-kanak tidak hadir ke sekolah kerana masalah paru-paru dari September hingga November 2001.

Malah, ibu bapa juga terpaksa menanggung perbelanjaan yang tinggi untuk kos perubatan seperti ubat, lawatan ke doktor dan penginapan di hospital.

Meskipun kanak-kanak lebih terdedah kepada asma, ia boleh dikurangkan dengan memastikan mereka mendapat pemakanan yang dapat mencegah penyakit tersebut.

Satu kajian di Hospital Diraja Prince Alfred, Australia menunjukkan mereka yang makan ikan lebih dari sekali seminggu dapat mengurangkan risiko yang berkaitan dengan masalah pernafasan,” katanya.
Menurut beliau, hasil kajian itu mendapati tidak wujud kumpulan makanan atau khasiat lain yang mempunyai kaitan dalam meningkat atau mengurangkan risiko asma kecuali ikan.

Ini memberi gambaran bahawa bahawa pengambilan minyak ikan dapat mencegah penyakit asma terutama semasa kecil. Bagi mereka yang menghidap asma kronik pula, pengambilan dos tinggi minyak ikan dapat mengurangkan serangannya.

Ikan atau minyak ikan mengandungi Omega 3 yang kaya dengan Asid Lemak Essential (EFA) dan Asid Docosahexanoic (DHA). Omega 3 inilah yang bertindak mencegah penyakit asma ketika kanak-kanak, serta dapat mengurangkan serangan bagi mereka yang menghidapinya,” jelasnya.
Tambah Jagdev, antara sumber Omega 3 terbaik ialah ikan laut sejuk seperti tuna, kod, halibut, salmon, sardin dan mackerel.

Antara ubatan yg biasa dicdgkan oleh doc utk merawat asma/ asthma adalah steroid. Tp kita tahu steroid memberi kesan sampingan dlm jangka masa panjang. For info, kandungan omega 3 mampu bertindak spt steroid tapi ianya tidak akan memberikn kesan sampingan seperti mana steroid. Bonus kpd ibu mnyusu kerana kandungan DHA dlm Omega Guard akn disalurkan kpd anak (DHA baik utk otak anak).
Kajian juga menunjukkan mereka yang menghidap penyakit berkaitan inflamasi seperti asma/ asthma mempunyai kandungan Omega-3 yang rendah.

Pengambilan Omega-3 dari minyak ikan terbaik Omega Guard membantu meredakan inflamasi.

Mengapa Omega Guard Shaklee berbanding minyak ikan lain?
======================================
1. Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
OmegaGuard Shaklee terdiri daripada 7 asid lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA (Eicosa Pentaenoic Acid), DHA (Docosa Hexaenoic Acid), ALA dan lain-lain lagi. Satu hidangan OmegaGuard (3 biji) menyediakan 990mg Asid Lemak Omega-3.

2. Ultratulen & Bergred Farmaseutikal
Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat di bawah suhu rendah yang terjaga. Proses ini menumpukan kepada penghasilan asid lemak Omega-3 yang asli dan menghilangkan pencemaran termasuk logam berat, merkuri, kadmium dan sebagainya yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

3. 50% lebih pekat dari mana2 produk di pasaran
Jadi dapatkan sekarang! Berikan yg terbaik buat anda dan anak anda!

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

7 anggota badan WAJIB menyentuh tempat solat ketika sujud

Perlu diingat 7 anggota badan WAJIB menyentuh tempat solat iaitu:

1) dahi
2) dua tapak tangan
3) dua lutut
4) dua PERUT JARI KAKI (bukan sekadar JARI)

1+2+2+2=7 !

Tuesday, May 12, 2015

MENEMUKAN KHUSYUK YANG HILANG.

Perkongsian dari Dr Fuad Latip.
MENEMUKAN KHUSYUK YANG HILANG.

Saya masih banyak kekurangan. 

Apa yang saya lakukan SEBELUM masuk waktu solat, saya ambil masa dalam 1-15 minit untuk diam dari melakukan apa jua kerja.

1. Yang saya lakukan hanyalah berkomunikasi dengan Allah. Tidak
memohon. Tetapi sekadar bercerita. Saya suka bercerita kepada Allah.
Tentang kerja, tentang hidup, tentang keluarga, anak-anak. Tentang apa
saja.

2. Kemudian setelah masuk waktu solat, saya bangun untuk mengambil
wuduk dalam KESEDARAN bahawa saya sedang dalam perjalanan untuk
bertemu denganNya secara formal.
Saya ingin memujiNya, saya ingin memohon (mengikut doa dalam solat) dan saya ingin berterima kasih pada Nya.

3. Sepanjang wuduk… saya SEDAR bahawa Yang ingin saya temu adalah Allah. Saya pastikan wuduk saya sempurna. Saya minta agar segala anggota wuduk saya dilindungi Allah dari melakukan kejahatan dan
kemaksiatan.

4. Dalam perjalanan untuk memulakan solat saya tetap jaga kesedaran bahawa saya dalam persediaan jumpa Allah.
Saya bentang sejadah dan tetap kesedaran bahawa saya ingin bertemu Allah tidak saya lepaskan.

5. Ketika saya berdiri untuk mula takbir, saya istighfar dahulu.
Memohon keampunan pada Allah seawal lagi agar pujian saya benar-benar datang dari hati yang bersih. Berulang-ulang saya istighfar.

6. Kemudian saya mengangkat Takbir dan saya menyedariNya. Saya memanggil Allah Yang Maha Besar, Yang saya rindui.

7. Saya tidak “membaca” Doa iftitah. Tetapi saya memuji Allah dalam Doa Iftitah. Mulut ini berkomunikasi dalam bahasa arab. Namun hati ini memahami apa yang diucapkan adalah….
“Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Besar sebesar-sebesarnya Ya
Allah. Ya Allah Segala puji bagiMu Ya Allah sebanyak-banyaknya Ya
Allah. Ya Allah, Maha Suci Engkau di pagi dan petang Ya Allah.”
“Ya Allah ku hadapkan wajahku kepadaMu Tuhan yang menjadikan langit dan bumi dengan benar-benar lurus dan berserah kepadaMu Ya Allah. Ya Allah, aku ini bukan dari kalangan orang-orang yang musyrik Ya Allah.”
“Ya Allah sesungguhnya Ya Allah, solatku Ya Allah, ibadahku Ya Allah,
hidupku Ya Allah, matiku Ya Allah adalah hanya untukMu Ya Allah.”
“Ya Allah, tidak ada sekutu bagiMu Ya Allah, dan aku diperintahkan untuk tidak menyukutukanMu Ya Allah dan aku ini dari golongan orang yang berserah diri.

8. Kemudian, saya terus memujiNya dalam Al-Fatihah. Sebuah lagi skrip hadiah dari Allah untuk kita berkomunikasi denganNya. 
Kitaberkomunikasi di dalam bahasa arab namun kita faham yang sedang kita
komunikasikan dengan Allah adalah….

“Ya Allah, Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan syaitan yang terkutuk Ya Allah.”
“Ya Allah, Dengan namaMu Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah dan
Penyayang Ya Allah”.

“Ya Allah, Segala puji bagiMu Tuhan yang memelihara segala alam Ya Allah. Engkaulah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang Ya Allah.

Engkaulah Raja yang menguasai hari pembalasan Ya Allah.

Ya Allah…. kepadaMu-lah kami sembah Ya Allah .. dan kepadaMu-lah kami memohon pertolongan Ya Allah. (saya selalu tidak mampu menahan kesayuan tika saat ini. Saya sangat rindu padaNya hingga seluruh tubuh ini bergetar)

Tunjukilah kami jalan yang lurus Ya Allah. Jalan mereka yang telah
Engkau beri nikmat Ya Allah, bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan jalan yang sesat Ya Allah.”

ALLAHUAKBAR indahnya solat. Ini baru selesai Al-Fatihah.

9. Kemudian kita baca surah yg mudah & kita fahami.

10. Diamlah sejenak sblm kita rukuk. Tuqmaninah sebentar. Sedarilah kita rukuk utk hormat & memuji Allah.

11. Lalu rukuklah. Namun diam dahulu. Rukunnya adalah rukuk bukan bacaan rukuk. 

Diamlah namun sedar & berterima kasih pada Allah. Terima kasih yg dtg dari hati ini.
Lalu ketika ini pujilah Allah dengan benar. Pujilah Allah dari hati.
Bukan bacaan sekadar dari bibir semata2.

” Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Agung Ya Allah.”

Selepas pujian pertama… diam lagi… rukuklah dgn benar disamping fizikal kita benar2 rehat. Tulang2 kita kembali kepada tmptnya. Darah mengalir ke otak krn kedudukan otak sama dgn jantung.
Pujilah lagi untuk seterusnya hingga 3 kali.

12. Bangunlah dgn perlahan, dgn hormat dlm setiap pergerakan
solat. SEDARlah terus bahawa kita sedang bertemu dgn Allah. TUHAN.. bukan bos, bukan menteri, bukan kawan-kawan, bukan mak ayah…. tetapi Allah…. TUHAN yg menjadikan kita & tempat kita kembali. ALLAH...

Iktidal… diam sebentar (tuqmaninah) lalu nyatakan pada Allah….

“Ya Allah, untukMu segala pujian Ya Allah.”
Andai semuanya milik Allah segala pujian, adakah pujian milik kita?
siapa kita yg sering ingin dipuji?
Siapa kita yg sering kecewa ketika orang lain tdak memuji kita?
Siapa kita?…. Astaghfirullah....

13. Sujud….. 

Diamlah sebentar. Sedarlah ketika sujud ini, jasad ini kembali kpd asalnya yakni tanah. Kita tdk ada apa2nya lagi. Segala pujian adalah milik Allah. Kita ini tiada apa2nya. Kita mengharapkan redha Allah semata2.

Sujudlah…
sedarlah Allah…
lalu pujilah Allah….

“Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Tinggi Ya Allah”

Diamlah sebentar untuk pujian kedua & ketiga agar benar2 pujian itu dari hati kita dlm kesedaran padaNya.
14. Kemudian duduklah dgn penuh tunduk & mengharap padaNya.

Mohonlah satu persatu. Bukan membaca dgn laju…. tetapi mohonlah… mohonlah. Diri kita sangat memerlukan kasih sayang daripadaNya.
“Ya Allah, ampunilah aku Ya Allah”
“Ya Allah, rahmatilah aku Ya Allah”
“Ya Allah, cukupkanlah segala keperluanku Ya Allah”
“Ya Allah, angkatlah darjatku Ya Allah” (angkat darjat bukan naik jawatan, jadi kaya raya, jadi terkenal, sentiasa dipuji. Bukan..bukan.
Angkat darjat adalah agar Allah melindungi maruah kita. Tidak
mengaibkan kita. Andai Allah mengaibkan segala kejahatan &
kemaksiatan kita…. Allahurabbi… tidak tertahan utk mampu terus hidup).
“Ya Allah, Murahkan rezekiku Ya Allah” 
“Ya Allah, bukakan pintu hatiku untuk hidayah/petunjukMu Ya Allah”
“Ya Allah, sihatkanlah aku Ya Allah”
“Ya Allah, maafkanlah aku Ya Allah.”

Andai ini dibaca dgn baik, Allahhurabbi…sujud seterusnya pasti akan lebih berserah kita padaNya.
****

Jika ini dpt didirikan dgn baik,
nikmatilah sendiri keindahan
solat. Betapa nikmatnya solat & nikmatnya solat kita tidak pernah
sama sejak kita mendirikannya dulu hingga sekrg. 

Bahkan nikmat solat ini semakin meningkat dari satu waktu ke waktu yg lain.

Dulu saya tertanya2 bgmna mrk yg dekat dgn Allah sentiasa menunggu2 waktu solat.
Allahurabbi…. ketika menikmati nikmatnya solat… barulah kita faham mengapa solat itu sering ditunggu2... 
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.
Semoga kita semua diberkati 
آمِّيْنَنَ ..آمِّيْنَنَ ...آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ

Saturday, April 25, 2015

BEST BEFORE vs USE BEFORE

Ada beza yer best before vs use before.. Haa cer check produk yang korang beli!!
Best before/Best by (baik sebelum) secara umumnya selamat dimakan selepas tarikh tertera,selagi tak bau pelik (gunakan judgement sendiri)
Use before pulak memang kena buang selepas tarikh tertera!
Makanan dalam tin/canister,frozen food,coklat biasanya menggunakan 'best before' dan bukannya use before

 
Produk yang berserbuk dalam canister digalakkan simpan dalam fridge....keep fresh. Even tepung ...gula..punya stock pun saya simpan dalam fridge.
 
 
Zureda Zaini
0196429098

Monday, April 20, 2015

YA HAYYU YA QAYYUM


Bacalah Ya Hayyu Ya Qayyum atau Ya Hayyul Qayyum, ia akan membantu anda dalam banyak perkara. Bacalah Ya Hayyu Ya Qayyum 1000 kali setiap hari selepas solat isyak, khasiatnya seperti berikut:

  • Orang akan mematuhi kata-kata anda dan mengikut perbuatan anda
  • Anda akan kaya dengan wang dan kebijaksanaan
  • Anda akan menjadi orang yang riang dan dapat mempengaruhi orang dengan keriangan anda. Ini tentu dapat membantu orang lain melupakan kesedihan mereka.
  • Perlindungan dari bencana-bencana seperti gempa bumi, banjir, kemalangan, terkandas ketika pelayaran di laut, Isteri terkandas, Anak-anak tidak menurut kata, ataupun masalah perniagaan atau kewangan dan sebagainya.
  • Di hindari dari ditipu, diperguna dan dielakkan dari musuh.
  • Di sukai orang
Sebaik-baiknya bacalah doa berikut selepas selesai berzikir Ya Hayyu Ya Qayyum 1000 kali

Ya Hayyu Ya Qayyum, Yang menghidupkan, hidupkanlah hatiku, rezekiku, agamaku dan duniaku.

Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu, Ya Hayyu bersaksi semua yang hidup, Engkaulah yang memberi nyawa dan memberi kehidupan kepada yang hidup.

Yang Hidup dan Yang Mematikan yang hidup. Yang Hidup, tidak ada sekutu bagi-Mu. Allah yang Maha Hidup, aku meminta dengan Hayat-Mu bersaksikan semua yang hidup dan dengan Hayat-Mu yang memberi nyawa kepada semua yang hidup dan dengan Hayat-Mu yang mematikan semua yang hidup.

Ya Hayyu Ya Qayyum, Yang Maha Memiliki Keagungan, selesaikanlah segala masalahku, kabulkan permintaanku, berilah cahaya kepada jiwaku, cukupkanlah segala kekuranganku. Yang Maha mengetahui keadaanku dan tidak pernah kekurangan dari apa yang kupohon, tiada kuasa melainkan Engkau.

Ya Hayyu Ya Qayyum, perkenankanlah permintaanku dan hajatku dengan segera, kabulkanlah doaku. Permudahkanlah rezekiku, dan permudahkanlah segala urusanku dengan hamba-hamba-Mu. Berilah daku rezeki yang banyak dan berkekalan, lanjutkanlah usiaku agar daku dapat beribadat kepada-Mu. Sudahilah hayatku dengan iman yang sempurna dan Husnul Khatimah.

Daku telah menyeru-Mu dengan nama-nama-Mu yang terdahulu. Berilah kejayaan kepada mereka yang inginkan kejayaan, dan berilah kemusnahan kepada mereka yang berbuat kerosakan.

* baca Ya Hayyu Ya Qayyum (11 kali) *

Kabulkanlah permintaanku, lepaskan kami dari kebimbangan sebagaimana Engkau membebaskan orang-orang mukmin.
 
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan keluarga serta para sahabatnya dan perlindungan kepada mereka semua. Segala puji bagi Allah Pencipta Alam Semesta.

Sumber: Zikir Asmaul Husna,
_________________________________________________

Perlu diingatkan bahawa segala kelebihan yang terdapat pada bacaan atau ayat-ayat tertentu kadangkala tidak berjaya diperolehi dengan hanya beberapa kali bacaan sahaja. Ibarat pisau yang perlu di asah berkali-kali agar dapat digunakan seperti yang kita mahukan. Begitu jugalah ayat-ayat atau bacaan tertentu perlulah sentiasa diamalkan, dan diulangi sehingga menjadi wirid tetap untuk mendapatkan khasiatnya. Insya-Allah dengan amalan yang istiqamah, segala kelebihan, khasiat dan keajaibannya akan terbukti apabila kita memerlukannya.

 # Semoga bermanfaat buat semua